SELAMAT hari raya Appa.
Demikian coret wanita berbangsa India, Janaki buat arwah bapa tercinta, Mohd Ja'far Abdullah tatkala menziarahi pusara lelaki itu.
Kembali ke rahmatullah pada 20 Januari 2019, kubur dan batu nisan diziarahinya indah ditumbuhi pokok melur yang merimbun.
Janaki menerusi video berkenaan berkongsi bapanya memeluk Islam sejak beliau remaja.
Susulan keputusan itu hubungan keluarga mula berantakan.
"Banyak cabaran semasa itu, tidak dapat terima kenyataan.
Biarpun sudah berlainan agama dan kepercayaan, air dicencang tiada putus.
Janaki untuk terus menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan bapa tercinta sehingga lelaki itu pergi buat selama-lamanya 30 Januari 2019.
Baca juga: Viral suami isteri berbangsa Cina bersih kubur & batu nisan, rupanya ini cerita sebenar
"Sebagai seorang Muslim, bapa tidak pernah berdakwah kepada kami.
"Tetapi bapa tunjukkan amalan sebagai seorang Islam. Tidak pernah tinggalkan solat dan puasa. Bahkan, dia bangga berketurunan India.
"Itu yang membuatkan kami sangat menghormati bapa dan kehidupan barunya," ujarnya.
Usahawan dalam talian itu turut berbakti kepada bapanya sehingga bapa meninggal dunia.
"Saya dan suami menguruskan semua urusan pengebumian bapa secara Islam dan bangga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Baca juga: Kereta ‘buat hal’ hampir waktu berbuka, wanita India terharu tindakan jemaah surau di Ampang
Janaki juga menitipkan harapan agar perpaduan antara kaum terus dikekalkan.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang mengakui turut tersentuh dengan kasih sayang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan Janaki dan keluarga buat bapa tersayang. Ujar mereka:
-"Mulianya hati Puan sebagai seorang anak."
-"Al-Fatihah untuk Pakcik Jaffar. Take care kakak. You're a very good daughter."
-"Menitis air mata saya, semoga arwah ayah puan ditempatkan bersama orang beriman dan dimasukkan ke syurga."
-"Janaki, anda buat saya menangis. Appa beruntung ada anak hebat macam awak. Al-Fatihah buat arwah Appa. Moga ditempatkan dalam syurga tertinggi-NYA, aamiin."
-"Anak dan menantu yang terbaik. Sentiasa mengingati seorang bapa walaupun berlainan agama."
-"Hubungan sebagai anak sampai bila-bila tidak akan putus walaupun berbeza agama. Ayah tetap ayah. Semoga kakak dan suami di murahkan rezeki."
-"Mesti arwah ayah puan berbangga dengan anaknya. Tetap sayang dan ziarah kuburnya."
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!