Warganet pilu titipan Ustaz Farid Ravi buat arwah isteri. ‘Semoga Abah kuat jaga hadiah Ummi 6 orang dengan baik’

PEMERGIAN isteri tersayang, pendakwah dan Rektor Ketua Eksekutif Kolej Univeristi Islam Antarabangsa Selangor, Prof Madya Datuk Dr Haji Mohd Farid Ravi Abdullah mengejutkan ramai.

Dalam hantaran di Facebook, beliau yang dikenali sebagai Ustaz Farid Ravi memaklumkan kembalinya isteri, Datin Hajah Suziana Mohd Soyong, 47, ke rahmatullah pada 27 Februari 2023.

Baca juga: Pelukan terakhir nurse 9 hari sebelum meninggal, Zarif bagaikan tahu akan pergi, ibu kongsi kisah kehilangan genap 1,000 hari

“Yang kekal hanyalah ALLAH
إنا لله وإنا إليه راجعون

“Salam buat teman dan sahabat, dukacita dimaklumkan bahawa isteri saya Datin Hajah Suziana Bt Mohd Soyong telah kembali kepada penciptanya tarikh 27 Februari 2023 jam 5.40 petang di Hospital Serdang. Kepada semua yang mengenali isteri saya mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk almarhumah.

“Saya juga mohon dimaafkan salah dan silap Almarhumah sekiranya ada berhutang mohon dihalalkan atau tuntutlah hutangnya daripada saya.

“Doa saudara dan saudari saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira. Insya-ALLAH solat jenazah akan diadakan selepas solat Isyak di Masjid Bandar Seri Masjid Bandar Seri Putra, Bangi.”

Baca juga: Kematian dicemburui husnul khatimah, wanita meninggal dunia dalam sujud

Dalam pada itu, lelaki mengenang kembali kebaikan si isteri dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman.

“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya. Abang doakan agar Ummi ditempatkan bersama para solehin. Semoga Abah kuat jaga hadiah Ummi enam orang dengan baik. Tenanglah Ummi di sana,” titipnya.

Baca juga: Bolehkah wakaf buat mereka yang sudah meninggal dunia?

5 FAKTA KELUARGA USTAZ FARID RAVI

1-Perkahwinan Ustaz Farid Ravi dengan Allahyarham sangat unik dan harmoni. Beliau pernah mendedahkan keluarganya daripada pelbagai bangsa.

Iklan

2-Allahyarham Datin Suziana adalah kacukan Cina dan Melayu yang mana bapanya, Cikgu Mohd Soyong (Soo Yong) berbangsa Cina dan menganut Islam ketika berumur 20 tahun sebelum berumah tangga dengan wanita Melayu, Hajah Siti Fatimah.

3-Ustaz Farid Ravi memeluk Islam pada usia 18 tahun.

4-Datin Suziana merupakan guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra, Selangor.

5-Perkahwinan Ustaz Farid Ravi dan isteri dikurniakan enam cahaya mata.

Bukan mudah menghadapi kehilangan orang tersayang. Warga maya mengirimkan doa dan mengucapkan takziah atas pemergian Ustazah Suziana. Ujar mereka:

– “Al-Fatihah semoga Allahyarhamah diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..”

Iklan

– “Takziah buat ustaz sekeluarga. Moga ALLAH mngampuni segala dosa-dosa isteri ustaz sepanjang hayatnya. Moga ALLAH kurniakn jannah buat arwah, aamiin.”

– “Ya ALLAH, ampunilah, rahmatilah , maafkanlah , ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga, Al Fatihah. Takziah buat seluruh keluarga.”

– “Sesungguhnya kita adalah milik ALLAH, dan hanya kepada ALLAH kita kembali.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi