KEDIAMAN aktor Bollywood terkenal, Salman Khan di Bandara diserang dua lelaki pada 14 April lalu.
Siasatan awal kes tembakan itu mendedahkan bahawa rancangan terbabit dilakukan oleh orang kanan gengster yang diketuai Lawrence Bishnoi dari Amerika Syarikat.
Ketika kejadian Salman dan beberapa ahli keluarga berada di dalam rumah. Tiada yang mengalami kecederaan.
Pada pagi Ahad, dua lelaki melepaskan empat das tembakan di luar Galaxy Apartment bintang Bollywood itu sebelum melarikan diri.
Memetik sumber Polis Mumbai, adik Lawrence, Anmol Bishnoi mengupah samseng bernama Rohit Godara untuk melakukan serangan tersebut.
Menurut sumber lain, Anmol Bishnoi mengaku bertanggungjawab atas serangan yang berlaku jam 5 pagi itu.
Susulan insiden tembakan berkenaan, Salman meminta tidak ada pihak yang datang melawatnya dalam masa terdekat.
"Saya juga meminta rakan-rakan supaya tidak bimbang ," katanya.
Kumpulan gengster tersebut diketahui sudah beberapa kali melakukan ugutan bunuh terhadap bintang Tiger 3 itu.
Lawrence antaranya dengan lantang mengakui mahu membalas dendam terhadap Salman terkait kes pemburuan haiwan antelop jenis blackbuck beberapa tahun lalu.
Pada Isnin, Vicky Gupta, 24, and Sagar Kumar Palak, 21 disyaki suspek berjaya ditahan di kuil berhampiran Kutch, Gujarat.
Sumber: Mint news