TAASUB dengan kiamat, seorang isteri tergamak menikam suaminya hingga mati dan mencampak kedua-dua anak mereka keluar daripada kereta yang dipandu laju sebelum maut akibat merempuh pokok.
Wanita itu dikenali Danielle Johnson terlebih dahulu membunuh pasangannya Jaelen Allen Chaney, 29, di apartmen di Woodland Hills, California, baru-baru ini.
Dia kemudian melarikan diri dari tempat kejadian bersama dua anak perempuannya, masing-masing berusia sembilan tahun dan lima bulan.
Sebaik sahaja di lebuh raya, Danialle menolak anak-anak keluar dari kereta dan dia memandu pergi.
Bayi tersebut kemudian dilanggar oleh kenderaan lain dan terkorban di hadapan kakaknya yang berusia sembilan tahun.
Susulan itu, Danielle membuat keputusan untuk mengakhiri nyawanya apabila memandu melebihi 100 kilometer per sejam dan melanggar pokok.
Sumber dilaporkan turut mendedahkan siaran media sosialnya yang tidak terkawal beberapa pembunuhan itu.
"Dia bercakap tentang kiamat yang akan berlaku dan gerhana matahari yang membawa kepada 'perang rohani'.
"Bangun, bangun. Kiamat sudah tiba. Setiap orang yang mempunyai telinga mendengar.
" Masa untuk memilih apa yang anda percaya sekarang. Gerhana ini adalah lambang peperangan rohani. Dapatkan perlindungan diri dan hati di tempat yang betul," katanya.
Ibu yang berusia 34 tahun itu menegaskan dunia kini sangat jelas berubah dan semua perlu bersedia.
"Dia juga mendakwa mempunyai instinct daripada 'keturunan kaya Dukun Orang Asli dan perubatan maka dia tahu segalanya," katanya.
Sumber : Daily mail UK