Ain Edruce sayu keguguran. 'Raya paling tak boleh dilupakan'

Iklan
Ain Edruce sayu keguguran (2)

PENGACARA dan pelakon Ain Edruce berkongsi khabar duka mengalami keguguran.

Tidak berkongsi usia kandungannya, selebriti berusia 32 tahun itu memuat naik video memaparkan peringkat awal kandungan sehingga berlakunya keguguran.

Iklan
Iklan

Bermula daripada mengetahui keputusan positif menerusi ujian kehamilan dan memberitahu suami, Amirul Hafiz Mustaffa serta ibunya, Ain mengimbas kembali keterujaan anak sulungnya Soraya.

"Simpan di sini sebagai kenangan. Soraya paling happy dan asyik cium perut sahaja," kongsi Ain.

Iklan

Baca juga: 'Rasa gugur jantung!' Ain Edruce kongsi detik cemas anak diserang sawan, tinggalkan set & bergegas ke hospital

Baca juga: ‘Bukan semua perkara sesuai dijadikan content YouTube’- Ain Edruce

Iklan

Pengacara Melodi itu berkata beliau mengalami pendarahan dan situasi yang amat menyakitkan hingga dikejarkan ke Unit Kecemasan.

"Betul orang cakap sakit keguguran itu lebih menyakitkan daripada sakit bersalin.

"Waktu itu pendarahan tanpa henti. Dari rumah sampai ke emergency.

"Tidak pernah aku rasa sakit seperti ini dalam hidup. Ubat penahan sakit paling kuat pun tidak dapat menahan kesakitanku ketika itu," kongsi Ain.

Lebih menyedihkan, Ain menitiskan air mata menerangkan kepada anak sulungnya bahawa bayi yang dinanti-nantikan sudah pergi.

Baca juga: Bukan semua pendarahan ketika hamil petanda keguguran. Ini antara sebab-sebabnya

Baca juga: 'Sudah sebulan bayi tak bernyawa…' Gembira bakal bergelar ibu bertukar duka, Hannah Delisha kongsi cerita keguguran

"Ketika ini aku beritahu Soraya, tiada lagi adik baby. Kami berdua menangis.

"Soraya beritahu tak mengapa, later ALLAH will give new baby adik," titip Ain.

Warga maya dan selebriti menzahirkan ucapan takziah buat Ain dan mendoakan agar beliau segera sembuh.

Tidak kurang yang menitipkan semangat dan doa agar selebriti kelahiran Setiu, Terengganu itu dikurniakan rezeki lain pada masa akan datang.

Ujar mereka;

"ALLAH Maha Mengetahui. Be strong my love. Kami sama-sama doakan," kongsi Nora Danish.

"Ain, Ya ALLAH. Semoga terus kuat," titip Nabila Razali.

"Ain jangan bersedih. Kita berusaha lagi," kata Janna Nick.

"Innalillahwainnalillahirrojiun, hugs Ain," komen Dayah Bakar.

"I feel you! Dont worry nanti ada lagi tu insya-ALLAH. Take care please," ujar Shima Anuar.

Untuk rekod, Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 di Magica Hall, Quill City, Kuala Lumpur.

Mereka menyambut kelahirang cahaya mata sulung bernama Soraya pada 19 Mei 2021 di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya, Selangor.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!