SEBAGAI seorang wanita dan juga isteri, saat yang paling dinanti-nantikan adalah ketika disahkan hamil.

Tidak semua orang melalui fasa kehidupan yang sama kerana sesetengah daripadanya berdepan dengan pelbagai dugaan untuk mendapatkan cahaya mata.

Perkara itu boleh dilihat menerusi perkongsian para isteri di media sosial yang menceritakan tentang kehidupan mereka tidak mempunyai zuriat setelah beberapa tahun berkahwin.

Ada dalam kalangan mereka turut mengalami keguguran.

Kredit foto: Pixabay

Keadaan tersebut sememangnya perit untuk ditelan kerana kita sebagai wanita memang cepat tersentuh.

Pun demikian, ada juga di antara mereka yang dipinjamkan kegembiraan untuk merasai pengalaman sebagai ibu hamil, tetapi terpaksa berdepan dengan pengalaman mengerikan seperti mengalami pendarahan.

Situasi itu turut dikupas oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah menerusi laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Beritahu Dr Suhazeli, kejadian keluar darah semasa awal kehamilan (kurang daripada lima bulan) sering dikaitkan dengan keguguran.

Kredit foto: Pavel Danilyuk

Baca juga: Tak boleh bertungku, berbengkung selepas melahirkan anak secara pembedahan? Ini yang ibu perlu tahu

Bagaimanapun, menurut pakar berkenaan, tidak semua pendarahan itu petanda kepada permasalahan itu.

Terdapat tiga perkara yang dikaitkan kepada kondisi tersebut. Antaranya:

i) Ancaman kepada janin
– Biasanya pendarahan disebabkan berlakunya ancaman kepada fetus tidak akan mengakibatkan kematian bayi. Selalunya bayi akan selamat sehingga besar.

ii) Pengukuhan tapak janin
Pendarahan disebabkan oleh pengukuhan tapak janin tidak akan menyebabkan keguguran kandungan dan bayi boleh membesar dengan selamat.

iii) Tidak diketahui punca
Pendarahan yang tidak diketahui punca biasanya berpunca daripada pendarahan di sekitar pangkal rahim, namun keadaan itu tidak akan mengganggu tumbesaran bayi dalam kandungan.

Kredit foto: Vidal Balielo Jr

Sementara itu, Hello Doktor berkongsi lapan risiko yang boleh dialami ibu mengandung jika pendarahan berlaku:

i) Pendarahan implantasi
-Ringan dan tidak berbahaya. Ia berlaku apabila embrio melekat pada dinding rahim dan sedang berkembang.

ii) Polip serviks
-Dianggarkan 2 hingga 5 peratus wanita menghidap polip (ketumbuhan kecil sebesar jari) pada serviks, pintu masuk daripada saluran faraj ke rahim.

iii) Hubungan seks atau pemeriksaan fizikal
-Kemungkinan terdapat alatan yang mungkin mencucuk atau berada dekat dengan pelvis semasa ujian dilakukan. Keadaan itu boleh menyebabkan iritasi sekali gus pendarahan faraj.
-Ini bermakna aktiviti seksual juga boleh menjadi faktor pendarahan di awal kehamilan.

Iklan

iv) Kehamilan ektopik (kehamilan luar rahim)
-Ia terjadi apabila telur disenyawakan melekat pada kawasan luar rahim.

v) Kehamilan molar (kehamilan anggur)
-Komplikasi ini jarang terjadi, tetapi ia merupakan keadaan serius. -Dianggarkan satu daripada setiap 1,000 kehamilan mengalaminya.

vi) Subchorionic hematoma
-Pendarahan di awal kehamilan yang berlaku apabila plasenta terlepas sedikit lekatan daripada dinding rahim.

vii) Jangkitan
-Mungkin berlaku jangkitan pada kawasan pelvis, pundi kencing atau saluran kencing.

Kredit foto: Ron Lach

Dalam pada itu, laman perubatan Healthline berkata, sekiranya para wanita mengalami pendarahan teruk seperti tumpah darah yang keterlaluan, keluar gumpalan darah, pening, muntah dan rasa kekejangan pada bahagian perut, perlu dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Usah berlengah lagi sekiranya anda mengalami tanda-tanda berkenaan kerana tindakan yang segera mampu menyelamatkan kandungan.

Iklan

Baca juga:[VIDEO] Ibu marah, pukul anak gara-gara nak berak, berikut 9 tip elak ‘burnout’

Baca juga: Kenapa si anak susah nak dengar cakap mak ayah? Ini tip jadi ibu bapa yang awesome

Kredit foto utama: Leah Kelley

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi