Pelakon & penyair Pyanhabib Rahman meninggal dunia pada umur 66 tahun

Iklan
Pyanhabib Rahman meninggal dunia

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada jam 9.30 malam.

PELAKON dan penyair Mohd Supyan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib Rahman atau dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di AU4 Keramat, pada jam 9.30 malam.

Anak Allahyarham, Ashman Mohd Supyan berkongsi jenazah bapanya akan dhantar ke Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat pada untuk dimandikan dan solat jenazah.

Iklan
Iklan

"Kepada sahabat dan rakan-rakan ayah yang ingin berziarahm arwah akan dibawa ke Masjid As-Sobirin pada jam 8.40 pagi," kongsinya.

Manakala pengebumian pula dijadualkan pada jam 10.30 hingga 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat, Kuala Lumpur.

Iklan

Terdahulu, berita pemergian seniman Pengerusi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohd Khair Ngadiron.

"Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 930 malam tadi. Ketika ini jenazah sedang diuruskan di rumahnya. Saya kini dalam perjalanan ke balai polis untuk melaporkan kematian,” kataya kepada Astro Awani.

Iklan

Pemergian Pyanhabib beberapa hari selepas sambutan hari lahirnya yang ke-66. Menerusi laman sosial Facebook, Isnin lalu beliau berkongsi hantaran tentang ulang tahunnya itu.

"Cucu minta potong kek, saya pun potong kek.

Berita duka karyawan itu turut dikongsi oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi di laman sosialnya.

"Dukacita dimaklumkan seniman Pyanhabib Rahman baru saja menghembuskan nafasnya terakhir di kediaman beliau di Hulu Kelang, sebentar tadi.

Pyanhabib mula mencipta nama pada era 70-an dan 80-an apabila karya-karyanya mendapat perhatian seniman tersohor, A Latiff Mohidin dan Sasterawan Negara, Usman Awang. Aktif menerusi kumpulan seniman tanah air, Anak Alam, hasil kerja beliau kebanyakannya mengangkat isu masyarakat termasuk kemiskinan.

Tidak hanya itu, beliau banyak terlibat dalam pementasan teater dan lakonan filem dan penulisan buku.

Beliau dan rakan, Datuk M Nasir bersama Nasir Jani terjun ke bidang lakonan menerusi filem Kembara Seniman Jalanan.

Namun, bakat aksinya sebagai aktor mendapat perhatian selepas muncul dalam filem arahan Rahim Razali berjudul Tsu Feh Sofiah yang sarat dengan falsafah keagamaan.

Pada tahun 2023, Allahyarham dianugerahkan Tokoh Penyair Kuala Lumpur 2023 oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).