Kembara gastronomi kulinari Jepun & benua Eropah, ini 4 lokasi santapan eksklusif tengah kota yang boleh dicuba

Iklan

TAK perlu terbang jauh semata-mata mahu menikmati kulinari autentik Jepun dan benua Eropah kalau di Malaysia, semuanya sudah tersedia depan mata.

Kuala Lumpur, misalnya mempunyai lambakan destinasi makan-makan yang boleh buat kalian rambang mata.

Iklan
Iklan

Cuma, untuk mencari tempat yang eksklusif dan privasi dengan sajian high class, mungkin kalau kena dengan bajet, semua plan boleh terus onz!

Jadi, kalau kalian sedang usha port makan di bawah satu bangunan, apa kata pertimbangkan Menara Hap Seng 3 yang terletak di tengah ibu kota.

Iklan

Menariknya, mercu tanda Hap Seng itu mula dikenali sebagai destinasi gastronomi yang menghimpunkan para pengusaha restoran terbaik.

Lokasi strategik dan mudah diakses, reka bentuk pembangunan ikonik yang berintegrasi dengan menara lain memudahkan orang ramai untuk datang berkunjung.

Iklan

Berikut perincian empat restoran yang boleh kalian usha untuk majlis privasi atau candle light dinner bersama tersayang:

1. NIKU29

Menggabungkan pilihan daging premium yang disahkan halal dari Jepun dan Australia.

Menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan, NIKU29 merupakan salah satu penambahan terbaharu dalam senarai restoran eksklusif milik Curate Group.

2. Skillet KL

Skillet KL menawarkan hidangan moden Eropah dengan menumpukan bahan ramuan bermusim dan perisa berinovasi.

Dipimpin oleh Cef Eksekutif Raymond Tham yang merupakan pengasas bersama dan cef eksekutif Burnt & Co. and Beta KL.

Satu-satunya restoran di Malaysia yang dianugerahkan dengan bintang Michelin 2023 dengan suasana urban kontemporari.

3. Asador V

Menyediakan hidangan yang memuaskan selera penggemar hidangan gril.

Menampilkan menu lazat stik dry-aged premium dan koleksi makanan laut menyelerakan yang dipanggang di atas api secara live.

Hidangan dan hiasan dalaman Asador V pasti memukau para tetamu dan mendorong mereka untuk kembali lagi.

4. Sushi Masa

Sushi Masa oleh Ishibashi membawakan pengalaman sushi ala Edomae asli dari daerah Ginza, Tokyo.

Diketuai oleh Cef Bintang Michelin, Masakazu Ishibashi, restoran itu menawarkan kulinari tradisi Jepun.

Sebagai salah sebuah restoran di bawah Curate Group, Sushi Masa mencerminkan semangat dan keazaman kumpulan itu terhadap budaya kulinari Jepun.

Wah! Nampak menarik untuk mereka yang merancang event tertutup bersama insan atau famili tersayang.

Tak salah kalau bos atau majikan sekali-sekala nak belanja anak buah, bolehlah pertimbangkan empat restoran serba mewah berkenaan untuk makan malam.