Baby pankek dengan 12 perisa mengiurkan, ini destinasi wajib singgah di Bangi, Selangor

Iklan

SEJAK dua tiga tahun kebelakangan ini, pankek dengan saiz kecil atau dikenali dengan istilah baby pankek menjadi tular.

Tidak mahu terlepas dengan gelombang tular itu, SinarPlus menemu bual seorang peniaga, Baby Pancake Bergegau yang diasaskan oleh Mohd Faizal Indra Saputra.

Iklan
Iklan

Mengusahakan perniagaan itu dengan menggunakan trak makanan yang diletakkan di tepi jalan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor, Mohd Faizal bersama isterinya, Nur Rasyiqah Mohd Azhar menyediakan baby pankek termasuk 12 pilihan topping rasa yang menyelerakan.

Antaranya, cookies cream, mabeles white, strawberi, peanut butter, lotus biscoft, matcha, cappucino dan banyak lagi.

Iklan

Ujar peniaga berusia 31 tahun itu, perisa yang paling laris ialah Nutella Cheese, Cadbury Oreo dan Kit Kat.

"Bagi mereka yang baru pertama kali datang ke sini, saya akan minta mereka cuba set Campo-Campo dengan gabungan empat topping asas seperti yang dinyatakan tadi.



"Satu lagi, pankek kami juga lembut dan sedap dimakan walaupun sudah disimpan dua hari," kata bekas pereka grafik itu ketika dihubungi baru-baru ini.

Iklan

Tak menang tangan

Ujar bapa kepada seorang anak itu, sajian yang dihasilkan sebenarnya adalah mengikut resipi asal apam balik milik ayahnya, Indra Saputra Rais.

Pun demikian, pemuda tersebut mengolah sedikit cara pembuatannya termasuk membentuk pankek dengan saiz lebih comel.

"Tidak hanya itu, kami menambah lagi cita rasa dengan menyediakan variasi topping atau perisa yang menjadi kegemaran ramai," ujarnya yang mempunyai satu lagi cawangan di Little Bangi, Bangi Gateway Seksyen 15.

Menurut Mohd Faizal, dalam sehari, dia menyediakan 10 hingga 15 kilogram tepung untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Kami sentiasa membuat adunan segar agar setiap gigitan akan terasa nikmat dan sedap.

Selain menikmati Baby Pancake Bergegau, usahawan berdaya maju itu juga menjual minuman terkenal dari Thailand iaitu Cha Ba Ang dengan harga RM8 sebotol.

"Kepada yang sukakan minuman berasaskan jus buah-buahan, saya turut menyediakan air durian belanda, laici lemon dan guava lemon yang enak digandingkan dengan Dadih Sedut serta kek batik ganache," ujarnya lagi.

Baby Pancake Bergegau

Alamat: Seksyen 7 dan Little Bangi, Bangi Gateway Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 6.30 petang dan 4.30 petang hingga 11.30 malam

Harga: RM12 hingga RM17

Facebook: BergegauFood

Instagram: @bergegaufood_bangi