Tahniah Mona Allen, Pekin Ibrahim selamat timang anak kedua. 'Alhamdulillah syukur semua baik-baik'

Iklan

PELAKON Mona Allen dan suami, Pekin Ibrahim selamat menimang anak keduanya pada Selasa.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 39, berkongsi berita kelahiran puteranya itu menerusi Insta Story.

"Terima kasih kepada yang menghantar mesej mendoakan saya dan baby. Maaf tak dapat membalas satu persatu.

"Saya selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Insya-ALLAH kami akan share gambar baby soon.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Dalam pada itu, bekas hos program Sinaran Pasport Kegemilangan berkenaan memaklumkan beliau dan bayi dalam keadaan baik.

Pelakon drama Mr Donat Karamel dan Monalisa itu terdahulu mengumumkan kehamilan keduanya ketika kandungan memasuki trimester kedua iaitu pada Disember lalu.

Untuk rekod, Mona berkahwin dengan pelakon dan pengarah, Pekin pada 7 Disember 2018.



Mereka kemudiannya dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.

Terdahulu, Mona pernah berkongsi tentang usaha untuk hamil (trying to conceive- TTC) anak pertama menerusi saluran YouTube rasminya.

Usaha untuk mendapatkan cahaya mata dimulakan ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun setengah.

Antara ikhtiar yang dilakukan termasuk menjaga pemakanan, melakukan pemeriksaan kesihatan, bertemu pakar sakit puan dan mendapatkan rawatan perubatan Islam.