Nur Izzara lengkapi rumah tangga Datin Alyah dan Tok Ram. 'Murahnya rezeki, bakal tunai haji, dapat baby'

Iklan

KEHADIRAN si kecil bernama Nur Izzara. mengubah kehidupan penyanyi terkenal, Datin Alyah.

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, pelantun lagu Kisah hati itu berkongsi majlis cukur jambul dan akikah anak angkatnya itu.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Alyah bersama suami dan si kecil, Nur Izzara sedang duduk di pelamin kecil.

Beliau menganggap kehadiran cahaya mata itu umpama satu rahmat buat rumah tangganya dan suami yang juga pemuzik, Datuk Ramli MS atau mesra disapa Tok Ram.

Iklan

"Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.

"Terlalu banyak kebaikan yang diberikan kepada kita hingga ada kalanya kita malu nak meminta lebih kerana banyaknya dosa-dosa kita," jelasnya.

Iklan

Pada masa sama, Alyah mengakui tidak pernah merancang akan kehadiran anak kecil itu. Namun, perancangan YANG MAHA ESA mengatasi segala-galanya.

"Tapi, Dia tahu apa yang ada jauh dalam hati kita. Engkau Maha Baik Ya Allah SWT, lagi Maha Penyayang.

"Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu.

"Peringatan buat saya, walaupun telefon bimbit ada kalendar yang mampu merancang segala jadual saya, tapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah SWT yang Maha Hebat dan Maha Kasih," katanya.

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut menitipkan ucapan terima kasih buat keluarga dan saudara mara yang membantu menyempurnakan majlis yang berlangsung di Batu Pahat, Johor itu.

Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga menguruskan segala-galanya untuk majlis akikah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat buat saya sebelum menunaikan haji.

"Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

"Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagu majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.

"Dan buat semua penduduk sekitar walaupun saya hanya menumpang kampung abang ipar saya, tapi, layanan kalian buat saya, suami dan seluruh keluarga terharu. Saya doakan kalian semua berada dalam rahmat Allah SWT," katanya.