Cara makan Rina tertib & sopan, rupanya ini yang Maryam praktikkan. 'Terus lap kalau tumpah, tak marah tapi...'

Iklan

KETERUJAAN si cilik bernama Rina menikmati air tangan ibunya, Maryam membuatkan ramai yang kagum.

Bukan itu sahaja, cara makannya yang tidak bersepah seperti segelintir kanak-kanak seusianya dipuji warganet.

Iklan
Iklan

Kesempatan itu juga, penulis bertanyakan apa jampah ‘serampi’ yang ditaburkan sehingga anaknya begitu berselera setiap kali menjamah menu yang disediakan oleh isteri kesayangan Ryzal Ibrahim itu.

"Kalau diikutkan banyak cara untuk menyediakan masakan untuk keluarga. Justeru, pada saya tiada istilah biarkan sahaja jika tak mahu makan.

Iklan

"Sepatutnya kita kena rajin-rajinkan cari idea untuk menyediakan menu untuk anak-anak,”ungkapnya gembira apabila melihat anaknya begitu enjoy menikmati hidangan.

Buka sahaja rajin memasak dan berkongsi resipi di laman sosial, sebaliknya beliau tidak lokek berkongsi tip membuat anaknya berselera makan.

Iklan

"Awal-awal boleh makan, saya kenalkan Rina, dengan bubur tepung beras selama tiga hari, kemudian tepung pulut tiga hari dan selepas itu nasi yang diletak sayur seperti lobak, bayam dan pelbagai lagi.

"Setiap menu tersebut, saya buat dalam bentuk tekstur sebelum campur dengan daging atau ayam apabila umur Rina lima hingga enam bulan.

"Memandangkan Rina suka makan nasi dengan telur, jadi menunya akan ada bahan tersebut. Setiap satu menu yang dimasak akan saya frozenkan supya selain mengekalkan kuliti dan juga kesegaran bahan-bahan tersebut,” ujar pemilik nama sebenar Maryam Younaree itu lagi.

Setiap ibu mahukan yang terbaik dan akan ikut apa jua kesukaan anak-anak. Demikian juga dalam bab pemakanan.

"Bila tengok Rina teruja makan sampai licin siap hirup kuah sehingga tinggal bekas, hilang semua rasa penat waktu nak sediakan hidangan tersebut.

"Sekarang ini apa yang penting adalah anak-anak suka dan makan, itu memadai. Jangan terlalu 'berkeras' sangat dengan mereka,” jelas Maryam yang memberitahu Rina seperti dirinya yang sukakan makanan.

Tak marah anak

Pun demikian, dalam satu perkongsian baru-baru ini, Maryam memuat naik satu hantaran oleh warganet yang kurang senang dengan cara Rina makan.

Individu tersebut telah meninggalkan komen pada salah satu video yang dimuat naik.

"Tolong ajar dia makan cara yang betul kerana kita adalah Muslim. Terima kasih."

Enggan berdiam diri, personaliti media sosial itu kemudiannya memberi respond berkenaan hal tersebut.

"Saya tak tahulah, mungkin awak makan dengan cara yang betul seperti seorang Muslim ketika berusia dua tahun enam bulan...baguslah.

"Saya akan cuba ajar dia (Rina)" ungkap Maryam.

Komen tersebut bagaimanapun mendapat reaksi warga maya, rata-rata menyokong Maryam bahkan memuji cara Rina yang cukup tertib ketika malam biarpun dalam usia sekecil itu.

'Elok jer cara baby rina makan. Kita yg tua ni tengok pun berselera nak makan sama.'

'Suka tengok Rina makan. Nampak sangat enjoy the food. apa yang dihidang ibunya semua dimakan termasuk sayur-sayuran. Budak-budak kan selalunya susah nak makan sayur. Pegang sudu betul dan makan tak bersepah.'

'Jangan peduli mereka Maryam. Saya suka tegok Rina makan. Saya nak cucu saya makan macam Rina.'

'Ok apa anak rina makan..tak ada yang tak betul, bahkan saya suka tengok dia makan..tak memilih. Malah anak dia makan seperti orang dewasa.'

Tatkala diajukan pertanyaan bagaiamana Maryam mendidik anaknya itu makan begitu tertib, ini jawapan empunya diri.

Rupa-rupanya, beliau mendidik melalui perbuatan dengan mengemas dan menyapu makanan tumpah atau tersisa ketika anaknya sedang makan.

"Saya tak akan marah kerana dia masih kecil. Kalau ada nasi atau sup tumpah, saya terus lap. Jadi Rina nampak dan belajar daripada situ. Tetapi sekarang dia sudah besar, kalau buat tumpah saya tegur supaya tidak berulang.

"Anak-anak akan ikut apa yang ibu mereka buat. Jadi, bila tiba waktu makan anak-anak, kita pun kena makan. Lama-lama anak tahu, oh itu masa untuk makan,” jelasnya yang mendapat tip tersebut melalui pembacaan.