Sebelum ini perkongsian pelakon Zulin Aziz pada hari raya pertama mencuri perhatian apabila beliau meluahkan impian untuk beraya berempat iaitu bersama suami dan dua anak kembarnya pada tahun hadapan.
Rentetan daripada itu, ketika ditemui Sinarplus baru-baru ini, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, beliau menganggap adalah sangat comel untuknya dan suami sekiranya mempunyai rezeki dikurniakan pasangan kembar.
"Saya teringin sebab rasa macam ‘cute’ pula ada anak kembar.
"Dalam keluarga saya memang ada (anak kembar), sebab itu saya teringin sangat," katanya.
Idam anak kembar, Zulin Aziz tak melatah diaju soal zuriat, "Anggap je permulaan bicara"
Iklan