Pelakon Natasha Hudson meluahkan rasa syukur apabila selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah hospital swasta di Petaling jaya pada Rabu.
Berita gembira itu dikongsikan beliau sendiri melalui Instastorynya yang mengatakan pengalaman melahirkan seorang lagi anak merupakan momen yang paling bermakna buatnya selepas 9 tahun jurang dengan anak ketiganya.
"Satu lagi hikmah, saya bersyukur atas kehadiran seorang lagi bayi. Membawa seorang manusia ke dunia ini adalah perasaan dan pengalaman terbaik sekali lagi, mengingatkan saya tentang keindahan dan keajaiban hidup itu sendiri.
"Saya tak sabar untuk menghargai setiap detik berharga, dari tendangan kecil pertama hingga kenangan yang tidak terkira yang akan kita cipta bersama sebagai sebuah keluarga," tulisnya.
Natasha turut memuat naik swafoto bersama suaminya iaitu Muhammad haris Jasmin ketika berada di wad.
Terdahulu, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali, dan memiliki tiga orang anak iaitu Neesa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah.
Pada 2022, Natasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Harits Jasmin atau lebih mesra disapa Jay Jasmin dan kini dikurniakan seorang cahaya mata.