Tunai haji, Johan & Ozlynn bakal berangkat ke Tanah Suci ditaja Kementerian Media Arab Saudi

Iklan

TAHNIAH dan selamat berangkat buat pasangan selebriti Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn Wati yang bakal menunaikan haji.

Ozlynn menerusi laman sosial Instagram berkongsi persiapan yang dilakukan. Paling menyentuh hati, ibu kepada enam orang cahaya mata itu menerima banyak hadiah daripada kenalan dan rakan selebriti.

Iklan
Iklan

Malah ada yang sudah siap mencucinya terlebih dahulu.

"Rezeki daripada ALLAH salah satunya dikelilingi orang-orang yang baik. Terima kasih kesayangan Fiza Sabjahan berikan pelbagai hadiah. Jubah untuk umrah, tudung sarung yang selesa dan kurta kepada Johan. Banyak betul.

Iklan

"Siap Datin Sue bagi hadiah jubah dan abaya. Terimalah model terbaru. Seronok apabila cuba sarung semua. Semoga dilimpahkan rezeki buat kalian," kongsi Ozlynn menerusi Instagram.

Johan dan Ozlynn serta 11 petugas media dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima pada tahun ini.

Iklan

Menurut Fasilitator Media Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi, Datuk Haji Izelan Basar, wakil media Malaysia terlibat tahun ini terdiri daripada TV AlHijrah, Bernama TV, Astro Awani, UtusanTV dan Utusan Malaysia.

Izelan berkata, kira-kira 2,000 pengamal media dan pempengaruh dijemput berbanding tahun lepas hanya 1,500 orang.