Bersalin indius kerana bayi kecil, Zahirah kongsi pengalaman kelahiran anak kedua. '10 minit teran terus lahir'

Iklan

PELAKON Zahirah MacWilson yang baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua, Inara Raisa 31 Mei lalu berkongsi pengalaman bersalin.

Rupa-rupanya, isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza itu terpaksa melalui indius pada usia kandungan 39 bulan hari empat hari kerana saiz bayinya yang agak kecil.

Iklan
Iklan

Pada hari tersebut, anak kepada aktor Zainol MacWilson itu terdahulu menjalani pemeriksaan di klinik dan disahkan perlu bersalin segera kerana faktor saiz bayi dan kembali semula ke hospital pada jam 4 petang.

Iklan

Sempat menikmati sajian nasi ayam pada tengah hari, Zahirah mengakui gugup untuk melakukan prosedur yang terkenal menyakitkan itu.

"4 petang tiba di hospital untuk memulakan induksi dan saya mula berasa gementar.

Baca juga: Zahirah, Aiman Hakim Ridza timang anak kedua. Inara Raisa pelengkap keluarga

Iklan

"5 petang, air ketuban saya pecah dan jururawat anggarkan saya akan bersalin sekitar 2 pagi. 5.30 petang, drip oksitosin mula mengalir masuk ke badan

"Sejam kemudian mula merasakan kontraksi yang kerap dan menyakitkan, namun masih boleh tahan lagi," Ujarnya.

Tiga jam menjalani prosedur mempercepatkan kelahiran di sebuah hospital di di Perth, Australia, Zahirah mula tak tahan kerana kontraksi yang semakin kerap.

Namun sempat lagi pelakon cantik manis itu mengisi perut dengan santai.

"7.30 malam saya minta epidural sebab dah tak tahan.. so painful! 8 malam epidural dimulakan.

"Pukul 8:20 malam barulah muka happy sebab dah kurang rasa contractions, sempat makan nugget and fries.

"Pada 8.40 malam saya menghantar gambar selfie dan mesej grup famili," katanya.

Siapa sangka, hanya beberapa minit selepas itu puterinya itu selamat dilahirkan.

"Sakit yaaaaa, sangat! Nurse kata sudah tiba masanya untuk teran. Aiman ​​& I terkejut ok! Sampai menangis kerana kesakitan.

"8.58 malam kemudian Inara dilahirkan," katanya.

Terdahulu, Zahirah berkongsi foto empat sekeluarga pada 2 Mei lalu.

Untuk rekod, Zahirah 29, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 35, pada 20 Februari 2020.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees pada 5 Januari 2021.