'Masa raya datang bawa orkid' – Kapten Amrul imbas detik awal perkenalan dengan Dr Fie, live raih lebih 1 juta likes

Iklan

PERKAHWINAN Dr Fie Tawfek dan suami, Kapten Amrul Nizar terus menjadi perhatian warga maya.

Dalam siaran langsung menerusi Tiktok, Amrul sempat mengimbas kembali detik-detik manis sepanjang awal perkenalan mereka.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Dr Fie pernah menghadiahkan kepada suaminya itu orkid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

"Semasa hari raya dia (Dr Fie) datang bawa orkid dengan tulisan ‘Selamat hari raya maaf zahir dan batin, Love Dr Fie’.

Iklan

"Kalau ada perkataan ‘love’ maksudnya memang ‘love’ lah tu. Tak lama selepas itu, Dr Fie ada bagi lagi bunga orkid.

Iklan

"Saya sayang sangat dengan pemberian Dr Fie jadi saya akan simpan, mana tahu suatu hari nanti bunga yang gugur akan berputik kembali," kongsinya.

Terdahulu Dr Fie , 36 dan Amrul, 53, diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung pada Ahad lalu. Disatukan dengan sekali lafaz, Dr Fie atau nama sebenarnya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.

Untuk rekod, doktor gigi tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Nubhan Ahamad pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada Disember 2025. Hasil perkahwinan pertama, Dr Fie dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara itu Amrul yang merupakan ahli perniagaan memiliki empat cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.