'Hidupku berjalan di atas doamu' – Sweet Qismina titip ucapan penuh kasih buat ibu, anggap segala rezeki hadir berkat doa mama

Iklan

PELAKON Sweet Qismina menitipkan ucapan istimewa buat insan paling bermakna dalam hidupnya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ibunya.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama sebenar Farhanna Qismina Supandi itu meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang ibu yang tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anaknya.

Iklan
Iklan

Lebih menyentuh hati, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Asean International Film Festival and Awards 2025 itu menyifatkan perjalanan hidupnya selama ini banyak dipermudahkan berkat doa dan pengorbanan wanita yang disapa sebagai Mama itu.

Iklan

Dalam perkongsian sama, pelakon berusia 29 tahun tersebut turut menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan ibunya yang tidak pernah mengeluh membesarkan mereka adik-beradik.

Ujar Sweet, ibunya juga sentiasa ada untuk memberikan teguran, selain tidak pernah jemu menitipkan doa buat anak-anak.

Iklan

"Terima kasih kerana sentiasa ada dan tegur kami. Terima kasih kerana tak henti doa untuk kami adik-beradik.

"Terima kasih kerana tak pernah pun mengeluh membesarkan kami. Terima kasih kerana kuat untuk kami.

"Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih my wonder mama. I love you Makcik Ana!," titipnya lagi.

Luahan penuh kasih itu nyata memperlihatkan betapa besarnya penghargaan Sweet terhadap insan yang menjadi tulang belakang kehidupannya.

Bagi seorang anak, doa dan pengorbanan ibu sememangnya antara hadiah paling bermakna yang tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit.

Sekadar info, Sweet memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dan mendapat perhatian menerusi watak lakonannya sebagai Fasha menerusi siri televisyen Hikayat Putera Shazlan.

 Menceburi dunia industri sejak berumur sembilan tahun ibu menjadi pengurus Sweet hingga ke hari ini.