Tragedi rombongan guru: Ustazah Dahlia mangsa ke-4 meninggal dunia, pergi dalam keadaan jihad mencari ilmu

Iklan

KEMALANGAN membabitkan bas persiaran yang membawa kumpulan guru merempuh treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat menyaksikan guru wanita, Ustazah Dahlia Ahmad kembali ke rahmatullah.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, beliau sempat menjenguk mangsa kemalangan ngeri itu termasuk Allahyarham Ustazah Dahlia, 52, yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Iklan

"Saya berkesempatan melawat Ustazah Dahlia, Puan Nurzafira Zakaria, Ustaz Muhamad Fairuz Ali, Cikgu Nurul Atikah dan Puan Siti Azurah. Semua telah ditempatkan di wad biasa kecuali Ustazah Dahlia ditempatkan di ICU setelah pembedahan selesai petang tadi.

"Terima kasih juga buat Cikgu Maziah yang menunggu dan membantu saya masuk melawat keluarga Ustazah Dahlia di ICU.

Iklan

"Innalillahiwainnailaihirojiun, saya baru terima mesej jam 9:30 malam bahawa Ustazah Dahlia telahpun meninggal dunia," kongsinya.

Baca juga: Tragedi rombongan sekolah: Cikgu sempat tanya anak, video call suami sebelum 'pergi' selamanya ketika bertugas

Menerusi laman sosial Facebook, ramai ibu bapa murid, bekas murid dan rakan membuat hantaran mengenang kebaikan arwah sebagai pendidik. Ujar mereka:

-"Daripada-NYA dia datang, kepada Nya dia kembali. Salam takziah kepada keluarga Ustazah Dahlia bte Ahmad atas kehilangan orang yang sangat penting dalam keluarga mereka menemui penciptanya kembali pada jam 9.30 malam tadi setelah bertarung nyawa hampir 24 jam akibat terlibat dalam kemalangan bas ekspress awal pagi tadi.

"Terima kasih atas segala tunjuk ajar kepada anak-anak saya, Najah dan Wajdi. Baru dua hari lepas arwah menulis ucapan tahniah kepada Najah dan Wajdi di Facebook saya. Semoga isteriku Rozelawati Othman yang juga sahabat baik arwah terus kuat. Arwah dalam.perjalananan ke Taman Syurga. Semoga kita dapat bersama arwah satu masa nanti. Sahabat, saya mohon bacakan al-Fatihah kepada roh arwah juga yg lainnya. Semoga mereka tenang di sana. Pergi di hari-hari mulia dalam Islam. Al Fatihah," kongsi pengguna Facebook Nor Azlan Sarmudan.

-"Tengah hari tadi beliau kritikal di ICU. Kini baru sahaja terima perkhabaran bahawa Ustazah Dahlia binti Ahmad juga telah kembali kerahmatullah di Hospital Kuantan.

"Allahyarhamah pernah mengajar saya sewaktu di Sekolah Rendah Sri Laksamana dan seorang yang sangat baik. Semoga ustazah tenang di sana. Al-Fatihah," titip June Fuat.

-"Allahumma firlaha warhamha waafiha wa’fu anha. Kak Dahlia orang yang baik, kerjanya sangat komited, rajin dan kerja tak pernah berkira.

"Banyak nasihat beliau beri, ketika kami masih rakan satu sekolah dahulu. Gurau senda dan rima tawanya masih segar sehingga sekarang.

"Allahuakbar tak sempat kita jumpa lagi di dunia ini, akak dah meninggalkan kami ke dunia abadi," kongsi seorang guru, Dilla Sabbar.

Sementara itu, Mas Ermieyati menerusi hantaran di Facebook berkongsi pemergian keempat-empat mereka pada 10 hari pertama Zulhijjah yang mulia.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin menziarahi mangsa kemalangan dan ahli keluarga mereka di HTAA semalam.

"Ingin saya kongsikan mesej yang saya terima dari sahabat saya, Ustaz Faizal Abd Rahman. Beruntung mereka yang pergi didalam 10 hari Pertama didalam bulan Zulhijjah, sebenarnya Zulhijjah mempunyai kelebihan tersendiri.

"ALLAH SWT sedia untuk memberikan kepada hamba-NYA pintu keredaan, keampunan dan kerahmatan, Allahuakbar!! ALLAH SWT berfirman yang bermaksud" Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah SWT ).” (Surah al-Fajr, ayat 1-2)

"Sebagaimana satu Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Dan Imam At-Tirmizi" Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Sahabat bertanya, walaupun berjihad di jalan ALLAH? Rasulullah SAW bersabda, walaupun berjihad di jalan ALLAH kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri dan hartanya serta tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid).”

"Allahuakbar! Semua guru dan kakitangan SK Jeram ini terlibat dengan nahas sewaktu mereka sedang dalam perjalanan untuk satu program penanda aras di Terengganu.

"Mereka sedang berjihad untuk menambah ilmu, demi kebaikan anak-anak Sekolah Kebangsaan Jeram. Ya ALLAH kau angkatlah darjat mereka semua ini. Permudahkanlah segala urusan mereka dan keluarga mereka dan berikanlah kesembuhan segera buat mereka," kongsinya.