Intan Najuwa balas komen 'bitter' keputusan berehat di rumah, 'isteri yang baik perlu dengar cakap suami'

Iklan

Intan menegaskan keputusan memperlahankan kerjaya seni itu bukan disebabkan hidup senang lenang atas kekayaan dimiliki suaminya. Sebaliknya, wanita berusia 26 tahun itumengatakan dirinya seorang yang berdikari dan sudah memiliki kedudukan kukuh dari segi kerjaya dan aset sebelum berkahwin.

Baru-baru ini pelakon Datin Intan Najuwa ada memaklumkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman memintanya untuk berehat dirumah dan tidak mengambil tawaran berlakon dalam tempoh terdekat.

Namun, kenyataan tersebut telah menimbulkan komen-komen negatif kepadanya.

Iklan
Iklan

Membalas kepada komen tersebut, Intan menegaskan keputusan memperlahankan kerjaya seni itu bukan disebabkan hidup senang lenang atas kekayaan dimiliki suaminya. Sebaliknya, wanita berusia 26 tahun itumengatakan dirinya seorang yang berdikari dan sudah memiliki kedudukan kukuh dari segi kerjaya dan aset sebelum berkahwin.

"Saya mahu jelaskan, sejak dulu sudah ada kerjaya, aset, perniagaan dan pendidikan sebelum bertemu dengan suami. Saya juga berdikari dari segi kewangan.

Iklan

"Jadi, kalau saya mahu berehat sementara bukan masalah anda. Saya bekerja keras sebelum ini dan mencapai apa yang dimahukan dalam hidup. Biarlah sekarang saya menikmati alam perkahwinan," tulisnya di Instasory miliknya pada Ahad.

Tambahnya lagi, adalah menjadi kewajipan seorang isteri untuk mentaati suami dan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu sendiri tidak mempunyai sebarang masalah dengan permintaan Asraf.

Iklan

"Ini juga permintaan suami. Bukankah seorang isteri yang baik perlu dengar cakap suami?," jelasnya.

Intan turut ‘menyekolahkan’ sesetengah lelaki yang tidak senang dengan kehidupan seorang isteri yang mana hanya tinggal di rumah apabila sudah berkahwin.

Menurutnya, kaum lelaki tidak perlu risau kerana bukan semua wanita mahukan duit suami kerana mereka juga mempunyai kerjaya serta duit sendiri.

"Apa pun terjadi, kami tahu macam mana nak ada kewangan sendiri. Walaupun kami duduk di rumah, kami tahu macam mana nak menyediakan keperluan dan segalanya sendiri,” tambahnya lagi.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mengatakan jika individu terbabit merupakan seorang lelaki, pastinya tahu bahawa apa yang terbaik untuk isteri dan keluarga.

Terdahulu, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid memaklumkan yang suami tercinta mahu beliau berehat di rumah setelah ditanya oleh peminat bilakah mahu kembali ke set pengambaran semula.

Menurut pemilik nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Wahid, pada tahun ini dirinya akan fokus kepada rumah tangga kerana suami mahu memanjakannya memandangkan baru sahaja berumah tangga pada tahun lalu.