'Orang cakap you dominan, I soft tapi...' Sempena ulang tahun pertama, Dini hadiahkan video khas buat Janna. Sweet!

Iklan

SEMPENA ulang tahun perkahwinan pertama buat pasangan selebriti popular, Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann, satu kejutan video khas dikongsikan buat peminat.

Ucapan romantis Dini yang berdurasi 4 minit 29 saat itu turut berkongsi detik-detik bahagia mereka yang mungkin sebelum ini tidak pernah disiarkan untuk tontonan umum.

Iklan
Iklan

Lagi menarik, pelakon kelahiran Pulau Pinang itu juga berkongsi formula kebahagiaan yang menjadi rutin seharian mereka meskipun sibuk dengan tuntutan kerja masing-masing.

"Memori kegemaran i adalah pergi umrah bersama you. Bila kita bincang nak honeymoon di mana, youlah yang rekomen untuk buat umrah bersama,” katanya yang mengakui trip tersebut cukup bermakna.

Iklan

Cerita Dini lagi, meskipun kehidupan mereka sering dipaparkan dalam media sosial, namun terdapat momen yang tidak dikongsikan untuk tatapan peminat.

"I akan sikat rambut you sebelum kita tidur. I rasa itu adalah rutin yang bagus dan kalau kita tak buat benda itu ataupun i atau you balik lewat, ia macam malam kita tak sempurnalah,” katanya.

Iklan

PLAN MASA DEPAN

Seperkara lagi yang membuatkan Dini terus jatuh cinta apabila suri hatinya seorang dreamer yang suka plan untuk masa depan yang lebih baik.

"Even i sendiri tak suka nak belajar tapi you buatkan i rasa mahu memperbaiki diri. You selalu nampak apa yang kita mampu buat sayang,” ujarnya.

Sebelum mengakhiri kata-kata, Dini juga bersyukur apabila Janna membentuknya menjadi insan dalam versi terbaik yang tak pernah diimpikan sebelum ini.

"You jadikan i seorang yang paling gembira dan bahagia di dunia ini sayang. I love you so much sayang,” ucap Dini penuh kasih.

Selain ucapan penuh makna tersebut, lagi membuatkan peminat cair apabila melihat sambutan ulang tahun perkahwinan tersebut diadakan di sebuah hotel di Putrajaya baru-baru ini.

Janna dan Dini sebelum ini melangsungkan perkahwinan pada 10 Jun tahun lalu dalam majlis tertutup di sebuah resort di Langkawi, Kedah.

Penyanyi dan pelakon itu menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.