Bakal hajah muda! Rezeki tunai haji usia 30 tahun, Elfira Loy luah syukur

Iklan

PELAKON jelita Elfira Loy selamat bertolak ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Iklan
Iklan

Elfira, 30, meluahkan rasa syukur apabila rezekikan untuk menunaikan ibadah haji pada usia muda.

Bertolak pada 10 Jun lalu, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu mendedahkan, beliau menerima undangan Kementerian Media Arab Saudi pada saat akhir iaitu selepas menghantar ibunya ke tanah suci baru-baru ini.

Iklan

Isteri kesayangan Faris Khairol Anwar itu juga mengakui sukar mempercayai dirinya diterima menjadi tetamu ALLAH pada saat akhir.

Iklan

"Selepas hantar ibu tunaikan haji, saya dapat berita mengenai jemputan ini. Semuanya pada saat akhir ketika semua perancangan mereka selesai.

"Saya anggap ini panggilan sangat istimewa. ALLAH Maha Baik.... Terima kasih Ya ALLAH! Tangan saya masih menggigil ketika menaip hantaran ini,” tulis Elfira di Instagram.

Baca juga: Tunai haji, Johan & Ozlynn bakal berangkat ke Tanah Suci ditaja Kementerian Media Arab Saudi

Mengakui masih dalam fasa tidak percaya, Elfira mendedahkan segalanya berlaku dalam tempoh semingggu.

"Terima Kasih ALLAH Ya Rahman, Ya Rahim. Terima kasih ibu bapa saya dan keluarga. Terima kasih kawan-kawan rapat mahupun yang kenal saya dari jauh.

"Allahumma Barik. Terima kasih atas doa kalian. Minta maaf kalau ada yang saya tak maklumkan awal dan tidak sempat jumpa sebab saya masih lagi terkejut dan dalam keadaan tak percaya," kongsinya.

Terdahulu, pelakon Tentang Bulan The Series dan Qalesya itu berkongsi video di laman sosial TikTok berkaitan perjalanannya sebagai duyufurrahman.

Elfira menitiskan air mata berkongsi keluarga dan rakan-rakan membantu membuat persiapan untuknya.

"Ramai yang tolong packing baju dan semua. Saya sangat tersentuh. Thank you so much," kongsinya.

Warganet tidak melepaskan peluang menitipkan doa agar perjalanan haji aktres cantik itu dipermudah dan beroleh haji yang mabrur.

"May ALLAH ease everything."

""Doakan kami pula dijemput ke sana."

"Alhamdulillah, moga dipermudahkan."

"Semoga dikurniakan haji Mabrur buat Elfira."

"Tahniah dan syukur."