Memang syok pekena cendol sawit viral penuh topping satu mangkuk, ini 5 rekomen lokasi #fyp jadi tumpuan ramai

Iklan

MUSIM panas yang agak membahang sekarang ini, memang syoklah kalau dapat pekena cendol satu mangkuk penuh dengan topping viral.

Lagi mengiurkan, selain ditambah dengan pulut, jagung dan buah-buahan, kalau dapat beberapa ulas durian memang tak toleh kiri kananlah.

Iklan
Iklan

Buat peminat cendol, memang banyak tempat yang menyediakan sajian berkenaan sebagai santapan ringan pada waktu tengah hari atau petang.

Iklan

Lagi best, kalau port makan tersebut terletak tepi pantai, sawah, kebun buah-buahan atau tasik sebagai halwa mata.

Sejak kebelakangan ini, laju posting #fyp lalu-lalang dalam wall TikTok apabila ramai rekomen tempat cendol best untuk dicuba.

Iklan

Tinjauan SinarPlus mendapati, antara seleksi tempat yang disyorkan memang terbukti enak dan berlemak kerana menyajikan cendol santan sawit.

Mungkin rasanya agak lain sikit, namun bagi mereka yang suka tak kira usia dan bangsa, memang habis semangkuk sekelip mata.

Berikut SinarPlus senaraikan destinasi yang boleh kalian pertimbangkan untuk menikmati cendol sawit:

Cendol Sawit Warong Estet