Mak mentua beri 'hint' nak cucu lelaki, Elisya Sandha mahu tunggu dulu. 'Habis sekolah fokus nak beli rumah...'

Iklan

Shiela Rusly telah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua memandangkan anak pertama Elisya Sandha, Bunga kini mencecah usia dua tahun

Dikala pelakon cantik Elisya Sandha sedang mengejar impiannya memiliki rumah sendiri, ibu mentuanya pula beri 'hint' untuk tambah anak.

Ibu mentuanya iaitu pengarah dan pelakon Shiela Rusly telah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua memandangkan anak pertamanya, Bunga kini mencecah usia dua tahun.

Namun begitu, dia dan suami memilih untuk tidak menambah cahaya mata buat masa sekarang kerana mereka berdua masing-masing sibuk mencari duit.

"Itu juga dalam perancangan, mak mentua dah tanya sebenarnya, dia cakap ‘ha Elisya dah boleh dah ni, Bunga dah besar, bagi la anak lelaki seorang.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


"Tapi sekarang ini kita tengah fokus pada karier masing-masing. Kita berdua memang tengah cari duit, belum terfikir lagi untuk ada anak seorang lagi,” katanya memetik laporan Gempak ketika ditemui ketika majlis ulang tahun kelahirannya yang ke 25 tahun.

Dalam pada itu, Elisya turut memaklumkan dirinya dan suami tetap mempunyai perancangan untuk menambah anak dalam keluarga mereka.

"Cumanya, saya dan suami cakap kalau ada rezeki itu, why not just go for it. Tahun ini memang agak sibuk untuk cari duit, yelah saya nak beli rumah, suami pula nak bawa saya pergi umrah.

"Ibu saya sendiri tak kisah sebab cucu dia dah ramai. Mak mentua saya pula, cucu dia baru seorang. Itu yang tanya bila nombor dua, Insya-Allah ada rezeki tahun hadapan,” kongsinya.



Soal perancangan membeli rumah sendiri, Elisya berkongsi dia dalam proses untuk mencapai impiannya sejak tamat sekolah iaitu membeli rumah atas tanah berharga RM1.2 juta.

"Untuk tahun ini, saya memang sasarkan untuk beli rumah sendiri. Memang zaman sekolah, saya tanam hasrat bila umur 25 tahun kena ada rumah sendiri.

"Alhamdulillah, saya masih merancang dan Insya-Allah tahun ini akan ada rumah sendiri. Yang sekarang ini, tak anggap rumah saya sebab itu suami yang beli.

"Saya nak ada rumah dari hasil duit sendiri yang susah payah kumpul. Ikutkan dah jumpa rumah, tengah tunggu nak bayar duit pendahuluan.

"Dari habis sekolah, saya memang fokus nak beli kereta dan rumah. Dalam masa lima tahun, saya dapat kumpul,” ujarnya.

Terdahulu, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Shiela iaitu Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Bunga Elhaq yang berusia 2 tahun.