'Arwah minta tambah.' Bapa dedah anak suruh periksa bihun goreng, telur mata sebelum makan. Reda & enggan salahkan sesiapa

Iklan

HANYA ALLAH sahaja mengetahui betapa pilunya hati bapa, Kamal Baihan, 53, yang kehilangan anak tersayang, Allahyarham Luth Izhar Kamal, 17, mangsa pertama keracunan makanan meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Memakan bihun goreng berlaukkan telur goreng mata yang dibawa pulang ibu, bapa itu mendedahkan arwah anaknya itu ada memintanya memeriksa keadaan bihun goreng yang mahu dimakan pada hari kejadian.

Iklan

"Luth selalunya akan minta pastikan makanan yang hendak dimakan berada dalam keadaan baik.

"Semasa makan, Luth ada minta tambah telur daripada kakaknya kerana kakaknya tidak makan telur yang ada bersama bihun tersebut," kata bapanya.

Iklan

Mengenang kembali momen bersama arwah Sabtu lalu, lelaki itu sempat berjenaka bersama arwah Luth dan sama sekali tidak menyangka itu kenangan indah terakhir.

Gambar hiasan

Perit kehilangan cahaya mata, namun lelaki yang bekerja sendiri itu enggan menyalahkan sesiapa berhubung kejadian yang menimpa arwah Luth.

"Terpulang jika ada pihak yang mahu menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah Luth kerana kematian tidak akan terlewat atau awal dari apa yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa," katanya tabah.

Baca juga: 'Terkejut anak meninggal di rumah.' Tragedi bihun goreng, telur mata program sekolah, remaja & kanak-kanak temui ajal. Ini kronologinya

Baca juga: Puding buih tak salah, cara penyediaan dan simpan, bahan tamat tempoh punca keracunan

Sementara itu, ibu arwah, Norfasiha Abdul Jalil yang juga bekas guru di sekolah berkenaan reda dan enggan menyalahkan sesiapa.

Ibu arwah, Norfasiha Abdul Jalil sedih namun reda pemergian anak bongsunya. (Kredit foto: Tangkap layar Buletin TV3)

"Saya pulangkan dia semula kepada ALLAH dalam keadaan saya puas hati.

Terdahulu, SinarPlus ada berkongsi berita duka pemergian remaja tersebut setelah menjamah makanan yang dibawa balik ibunya selepas menghadiri program keagamaan di sekolah berkenaan Sabtu lepas.

Selain Luth, difahamkan Kamal dan Norfasiha turut mengalami cirit-birit. Namun ALLAH lebih menyayangi. Bermula pada 1.30 tengah hari Isnin, remaja itu mula tidak sedarkan diri.

Kamal menghubungi pihak MERS 999 untuk mendapatkan bantuan namun remaja itu telah disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan.

Allahyarham Luth dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu semalam.

Selain arwah, seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia susulan keracunan selepas memakan makanan dari majlis yang sama.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamudin Ayub), Buletin TV3