'Terkejut anak meninggal di rumah.' Tragedi bihun goreng, telur mata program sekolah, remaja & kanak-kanak temui ajal. Ini kronologinya

No Image Caption
A
A
A

[DIKEMAS KINI] TRAGISNYA! Asbab makan bihun goreng dan telur mata yang dibawa pulang dari program sekolah dipercayai meragut dua nyawa di Gombak, Selangor.

Memang benar terjadi! Polis mengesahkan telah menerima dua laporan kes kematian melibatkan emaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun, disyaki keracunan makanan yang diambil daripada sebuah sekolah agama yang terletak di sana.

Berikut fakta kejadian dan kronologi yang dikongsi polis dan ahli keluarga:

1-Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, remaja itu telah menjamah makanan yang dibawa balik ibunya selepas menghadiri program keagamaan di sekolah berkenaan Sabtu lepas.

2-Selepas memakan makanan tersebut, remaja berkenaan dan ibu bapanya telah mengalami cirit-birit.

3-Bermula pada 1.30 tengah hari Isnin, remaja itu mula tidak sedarkan diri.

4-Bapanya telah menghubungi pihak MERS 999 untuk mendapatkan bantuan namun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan.

No Image Caption

5-Manakala dalam kes mangsa kedua yang berusia dua tahun, si kecil itu telah memakan makanan yang dibawa oleh bapanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah tersebut pada Sabtu.

6-Kanak-kanak berkenaan didapati demam, muntah-muntah dan cirit-birit sekitar 10.45 pagi Isnin.

7-Ibunya telah membawa mangsa ke Hospital Selayang dan mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

8-Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang bagi tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Baca juga: Puding buih tak salah, cara penyediaan dan simpan, bahan tamat tempoh punca keracunan

Baca juga: Teknik goreng telur mata kerbau kena betul, barulah hasilnya cantik & tak mudah pecah. Begini caranya!

No Image Caption

9-Menurut Noor Ariffin, makanan dalam kedua-dua kes dikenal pasti sebagai bihun goreng dan telur.

10-Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Balai Polis Gombak lnsp Heirme Che Mat di talian 014-2389151 atau Pegawai Penyiasat Insp R. Khalpna (012-5018901) atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (03-61262222).

11-Terdahulu, portal berita melaporkan lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal memaklumkan isteri dan anak lelaki makan telur mata berkenaan, manakala dua lagi anak perempuannya hanya makan bihun goreng.

12-Menurutnya, arwah makan paling banyak iaitu tiga biji telur mata dan tidak lama selepas itu mereka tiga beranak mula mengalami sakit perut.

No Image Caption

13-Bapa berkenaan sempat ke klinik dan menyangka anak lelaki tidak apa-apa namun sebaik pulang tengah hari tadi, beliau terkejut anaknya sudah meninggal dunia di rumah.

14- Menurutnya, makanan tersebut ditempah pihak penganjur dan disediakan oleh pihak luar.

15-Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beliau mengesahkan menerima laporan berhubung kes keracunan makanan itu.

16-Katanya, sekolah rendah agama di Sungai Cincin terbabit menganjurkan program Amal Islami sebagai tuan rumah.

17-Bagaimanapun, tiada pelajar sekolah tersebut terkena keracunan.

18-Difahamkan, JAIS telah mengeluarkan arahan agar menghentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki mempunyai kaitan dengan kes kematian tersebut.

19-Katanya, ia mungkin ada kaitan telur mata tersebut sebab makanan yang jadi punca sakit perut kepada 33 yang lain dibawa balik oleh ibu dan bapa mangsa.

20-Dalam pada itu, beliau menyatakan JAIS amat berdukacita atas apa yang berlaku dan menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa.

21-Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata polis akan memanggil pengusaha katering, guru dan penganjur program di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sungai Chincin, Gombak untuk siasatan dalam masa terdekat.

ANGKARA TELUR, PUDING BUIH PERNAH RAGUT 1 NYAWA

Permukaan kulit telur ayam yang kelihatan bersih, segar dan tidak retak bukan jaminan ia tidak tercemar.

Hakikatnya, telur masih berisiko tercemar oleh kuman iaitu bakteria, virus dan fungus.

Biasanya kuman yang dikaitkan dengan telur tercemar atau tamat tempoh berpunca daripada Salmonella.

Pada tahun 2020, negara pernah digemparkan dengan kes keracunan kerana telur yang melibatkan 99 mangsa dan satu kematian.

Asbab puding buih diperbuat daripada telur yang sudah tamat tempoh, mangsa mengalami pelbagai gejala termasuk demam, pening, muntah dan sakit perut.

Telur tamat tempoh mudah tercemar dengan pelbagai kuman, khususnya Salmonella dan boleh mengakibatkan kesan serius dan kematian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang