Listerine & Watson’s pecah rekod negara, acara paling ramai berkumur serentak libatkan peserta lebih 2.3K

Iklan

LISTERINE dengan kerjasama Watson’s Malaysia berjaya mencipta sejarah cukup membanggakan apabila mencatat rekod penyertaan paling ramai berkumur serentak dalam The Malaysian Book of Records.

Apa yang lebih menarik, seramai 2,382 peserta termasuk murid Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dan Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 turut menjayakan acara kemuncak berkenaan.

Iklan
Iklan

Selain pengamal media dan key opinion leaders (KOL), murid yang terlibat berkumpul di sekolah masing-masing dan bekerjasama melakukan aktiviti secara serentak.

Iklan

Acara bersejarah itu menjadi pengisian penting sempena Listerine ‘Swish and Makan’ yang diadakan di De.Wan 1958 oleh Chef Wan @ The Linc Kuala Lumpur semalam.

Bercakap mengenai program berkenaan, Pengurus Besar Kenvue Malaysia/Singapura, Steve Tiu berkata, penganjuran acara bersejarah itu sejajar dengan kepentingan kesedaran kesihatan mulut secara holistik.

Iklan

Baca juga Rawat burnout dengan penjagaan diri

"Bagi menggalakkan golongan muda menerapkan penjagaan mulut dan cecair kumur dalam rutin harian mereka, sesi interaktif serta demonstrasi bermaklumat juga dijalankan di sekolah.

"Mereka mempelajari teknik praktikal untuk mengekalkan senyuman yang sihat dan pada masa sama mengukuhkan kepentingan rutin penjagaan mulut yang kerap dengan penggunaan cecair mulut,” katanya.

Sementara itu, panel jemputan yang juga seorang doktor gigi, Dr Kayla Teh berkata, cecair kumur sebenarnya boleh membantu membunuh kuman dan menyelesaikan masalah nafas berbau.

"Kesihatan mulut kita lebih terpelihara dengan menambahkan rutin berkumur menggunakan cecair kumur yang dirumus dengan minyak pati selama 30 saat untuk tempoh dua kali sehari.

"Dalam rutin penjagaan kesihatan mulut, anda juga boleh mengurangkan plak, karang gigi dan memiliki gusi yang lebih sihat,” katanya ketika memberi penerangan sempena program itu.

Berita baik buat semua, Listerine dengan kerjasama Watson’s Malaysia akan mengadakan promosi menarik bermula 4 Jun hingga 8 Julai ini.

Mereka yang membelanjakan RM30 dengan pembelian produk Listerine di cawangan Watson’s berpeluang untuk memenangi baucar Grab Food bernilai hingga RM15,000.