Rawat burnout dengan penjagaan diri

No Image Caption
A
A
A

Terma burnout sering digunapakai untuk menggambarkan keadaan stres di tempat kerja.

Ia berkaitan dengan keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan.

Jika situasi tersebut berterusan, seseorang itu akan mula hilang minat dan motivasi. Seterusnya menyebabkan produktiviti diri berkurangan dan meningkatkan perasaan diri yang tidak berdaya, tidak ada harapan serta rasa marah.

Individu yang memiliki rasa dan keadaan sedemikian menunjukkan bahawa beliau telah mengalami burnout. Kepentingan penjagaan diri rawat burnout

Menurut Pakar Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras, Dr Malar Santhi Santherasegapan, burnout adalah nyata dalam kalangan semua orang, tidak kira ibu bapa atau staf sokongan, semua orang boleh mengalaminya baik fizikal, mental dan emosi. Kadangkala, kita terlalu menjaga emosi orang lain, sehinggakan diri kita sendiri tidak terjaga.

Satu perkara yang pakar itu ingin tekankan adalah penjagaan diri (self-care) yang sangat penting, namun tidak sama untuk semua orang.

No Image Caption

“Jika merujuk pada diri saya sendiri, apabila tidak perlu keluar rumah, tidak pakai alat solek atau memuat naik sebarang konten di media sosial. Selain itu, boleh melakukan aktiviti lain seperti memasak dan sebagainya.

“Pun begitu, kita tidak boleh pukul rata semua orang memiliki cara yang sama. Ada yang suka pergi spa, ada yang suka pergi kafe atau sebagainya,“ ungkapnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu Forum Anak Syurga anjuran Majalah Nona yang bertempat di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur baru-baru ini.

No Image Caption



Tambah beliau, setiap orang ada perbezaan mereka yang tersendiri terutamanya dalam mendapatkan kebahagiaan. Misalnya, ada sesetengah orang lebih suka duduk di rumah dan menonton televisyen, ada pula yang suka berkebun, malah ada yang jenis mandi lama.

“Saya risau bila kita menyamakan cara penjagaan diri untuk semua orang, ia boleh menyebabkan tekanan. Pesanan saya, jadilah diri sendiri dan cari apa yang boleh membuatkan anda berasa tenang,“ jelas beliau lagi.

Faktor-faktor burnout Memetik daripada portal Myhealth, dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada faktor kerja. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi seseorang itu menjadi burnout. Antaranya:

1. Faktor kerja yang berlebihan atau berkurangan

- Beban kerja yang terlalu banyak dan tidak boleh menampung dari segi fizikal menyebabkan rasa letih dan lesu.

- Bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial.

- Tidak cukup tidur.

- Kurang sokongan dari segi perhubungan sesama rakan sekerja, majikan dan keluarga.

- Wujudnya rasa bosan terhadap kerja yang dilakukan kerana organisasi membenarkan pekerja bekerja dengan potensi mereka sepenuhnya dan membawa kepada perasaan tidak puas hati.

2. Tekanan atau stress

- Tekanan kerja yang banyak menyebabkan seseorang individu cenderung mengalami stres contohnya seperti melaksanakan kerja yang bukan dalam bidang kepakaran.

- Tekanan atau stres yang diakibatkan oleh pelbagai aspek seperti penat, gelisah, insomnia, sakit kepala dan sebagainya turut dikaitkan dengan kemungkinan seseorang itu menghadapi burnout.

3. Personaliti

- Individu yang terlalu mementingkan kesempurnaan dalam semua tugas.

- Pandangan pesimis terhadap diri dan dunia luar.

- Keperluan untuk mengawal dan kurang memberi kepercayaan kepada orang lain.

- Mementingkan pencapaian yang tinggi dan cenderung ke arah personaliti jenis A.

4. Wujudnya rasa rendah diri atau self esteem

- Sentiasa berasa rendah diri dan sering membuat perbandingan dengan orang lain.

-Perasaan sedemikian secara tidak langsung membawa kepada pengunduran diri individu tersebut daripada lingkungan sosial.

Tanda-tanda anda mengalami burnout

1. Tanda-tanda tingkah laku Mengundur diri daripada tanggungjawab.

  • Menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya.
  • Datang bertugas lewat dan balik awal.

2. Tanda-tanda fizikal Rasa keletihan sepanjang masa.

  • Kerap sakit kepala, sakit belakang dan sakit otot.
  • Gangguan penghadaman.
  • Sukar untuk tidur.

3. Tanda-tanda emosi Mudah marah dan sensitif.

  • Sukar mengawal perasaan dan mudah menangis.
  • Rasa tidak dihargai.
  • Rasa kegagalan.
  • Kurang tumpuan.
  • Terlalu penat.
  • Mengasingkan diri.



Cara Mengatasi

  • Jika anda mengalami masalah burnout, segeralah mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut dengan segera.
  • Kaedah yang anda boleh praktikkan:
  • Mulakan hari dengan senyuman.
  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang cukup.
  • Merehatkan diri dan bercuti daripada kerja.
  • Mencuba sesuatu atau aktiviti baru yang menyeronokkan.
  • Belajar cara untuk menguruskan tekanan dan masa dengan berkesan.



Burnout adalah nyata, Justeru, anda perlu pecahkan stigma mengenai kesihatan mental. Harap kalian diberi rezeki kesihatan mental yang lebih baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang