Menu daging selalunya kalau bukan masak sup, kari. Paling mudah pun akan buat goreng kunyit.
Raya haji dah nak dekat ni, mula lah masing-masing tengok resipi daging, mana tahu dapat rezeki daging mentah, boleh la masak nanti, kan?
Salah satu menu mudah yang mak-mak boleh cuba mengikut citarasa Thai yang lengkap dengan rasa masam, manis dan pedas, apa lagi kalau bukan daging harimau menangis.
Daging yang diperap cukup rasa, cicah pula dengan sos thai dibuat sendiri di makan bersama salad yang segar, tak sedar boleh habis sepinggan sekali hadap. Anak yang asalnya tak makan sayur pun boleh ikut sekali makan!
Dah kecur liur ke tu? Yang nak cuba tu jom tengok resipi dari Aisyah Humaira ni. Selamat mencuba!
Resipi Daging Harimau Menangis
Bahan-bahan:
1 mangkuk daging batang pinang dihiris nipis (atau boleh juga bakar tanpa dihiris terlebih dahulu)
3 ulas bawang putih ditumbuk lumat (BELI DI SINI)
2 inci halia ditumbuk lumat (BELI DI SINI)
1 - 2 sudu besar lada hitam ditumbuk lumat (BELI DI SINI)
4 sudu besar sos tiram (BELI DI SINI)
3 sudu besar sos ikan (BELI DI SINI)
3 sudu besar kicap manis (BELI DI SINI)
4 sudu besar brown sugar (BELI DI SINI)
Cara buat perap daging:
1. Campur kesemua bahan ke dalam bekas berisi daging, kacau sebati. Kemudian, tutup bekas daging dan perap semalaman di dalam peti.
2. Cara masak boleh bakar atas arang, dalam oven atau salai di atas pan sahaja sehingga masak.
3. Panggang hingga masak, siap dan sedia dihidang bersama pencicah ala thai.
Bahan sos pencicah ala thai:
5 ulas bawang putih dicincang halus (BELI DI SINI)
7 biji cili padi ditumbuk atau hiris halus (suka pedas boleh lebihkan )
3 sudu sos tiram (BELI DI SINI)
4 sudu besar sos thai (BELI DI SINI)
1 sudu besar sos abalone scallop (BELI DI SINI)
3 sudu besar sos ikan nampla (BELI DI SINI)
1 kecil sudu gula perang (BELI DI SINI)
2 biji bawang merah kecil hiris nipis (BELI DI SINI)
1 sudu gula kabung thai (kalau tak ada boleh lebihkan gula perang tadi) (BELI DI SINI)
1-2 biji air perahan limau nipis (BELI DI SINI)
Daun ketumbar dihiris halus dan batang ketumbar diketuk
2 sudu besar beras yg di sangai yang telah ditumbuk hancur (maksud sangai: masak tanpa minyak hingga hampir perang. Sentiasa kacau) (BELI DI SINI)
4 sudu besar bijan putih disangai (BELI DI SINI)
Sedikit air kosong mengikut pekat atau cair kuah disukai
Cara buat pencicah ala thai:
Satukan kesemua bahan, perasakan mengikut selera anda. Sos ini mestilah ada rasa pedas, masam manis dan savuri.