Jalan kaki 3 jam dari Beranang ke Kajang dapatkan nasi kukus percuma, bapa ini buat netizen luluh hati

Iklan

Iklan
Iklan

BERJALAN tiga jam sejauh 16 kilometer demi makanan percuma kerana kesempitan hidup, hati penulis luluh mengikuti kisah bapa ini. Tidak meminta-minta tetapi mengunakan kudrat menapak dari Beranang hingga ke Taman Jasmin, Kajang, kesnya benar menghiris hati pengguna laman sosial.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan kejadian yang menimpa lelaki itu.

Iklan

"Hasil dari kerjasama orang ramai, kami berjaya menjejaki bapa tersebut. Siasatan mendapati si bapa tinggal bersama enam orang tanggungan termasuk bayi berusia 9 bulan di rumah pusaka ibu mentua.

"Beliau bekerja sebagai tukang masak katering di Sungai Tangkas, Kajang dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1800 sebulan bergantung kepada jumlah majlis yang diterima.

Iklan

"Kini motosikal telah dibaiki dengan kos sumbangan orang luar dan abang ipar," kongsinya.

LZS juga merungkai perbuatan lelaki itu berjalan kaki selama tiga jam baru-baru ini yang meruntun hati. Ketiadaan wang dan ada tembolok untuk diisi membuatkan lelaki itu sanggup berjalan berbelas kilometer.

"Kami sebelum ini pernah menyalurkan bantuan kecemasan (Gharimin) kepada beliau bagi pembelian susu dan lampin pakai buang anak.

"Borang asnaf Fakir/Miskin turut diberikan namun beliau memilih untuk menolak kerana ingin bekerja terlebih dahulu. Kami turut hulurkan juga wang kecemasan bagi meringankan bebanan," jelas LZS lagi.

Semalam, sebuah portal berita berkongsi kisah peniaga nasi kukus menerima mesej pada aplikasi WhatsApps daripada lelaki itu berkenaan tawaran makanan percuma yang dikongsi di Facebook.

Baca juga: 'Saya tak pandai, nak bagi anak pandai sikit.' Pengorbanan ayah, sanggup ulang-alik naik motor sejauh 20km ke tempat kerja bikin sebak!

Baca juga: [VIDEO] Sanggup conteng di lantai asalkan pelajar mudah faham, anak terharu kegigihan ayah mengajar

Baca juga: Sanggup jalan kaki di bawah panas terik hantar anak masuk universiti, keluarga dari Sarawak undang sebak

Lelaki berkenaan berjalan kaki dari Beranang pada jam 7 pagi.

Difahamkan, peniaga itu juga turut menghulurkan bantuan berupa barang keperluan. Simpati dengan nasib lelaki itu, alah mereka juga menempah Grab untuknya pulang ke Beranang.

Sumber: LZS