Throwback video tunai umrah dengan arwah Siti Sarah, Shuib undang rasa sebak warga maya

Iklan

Iklan
Iklan

USAHAWAN dan pelawak terkenal, Shuib memuat naik sepotong video mengimbau momen ketika berada di Makkah bersama Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah.

Hantaran tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya apabila pada ruangan kapsyen, bapa kepada empat cahaya mata itu menitipkan ucapan salam Aidil Adha buat isteri tercinta.

Iklan

Menerusi hantaran di TikTok, Shuib berkongsi momen ketika beliau dan arwah bersama-sama menjejakkan kaki di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa rindu kepada Siti Sarah dan turut menitipkan doa buat arwah.

-"Sarah, kami rindu awak. Hari-hari saya akan stalk IG Sarah. Nak tengok posting lama dia. Al-Fatihah buat bidadari syurga Siti Sarah Raissuddin,” antara coretan warganet.

-"Sarah satu-satunya artis yang meninggal dunia aku nangis sampai ke hari ni. Amalan apa dia buat sampai ramai yang sayangkan dia.

-"Kebaikan apa yang arwah lakukan? Sampai ke hari ini tiap kali tengok balik arwah, air mata laju saja. Syurga terindahlah untukmu orang baik."

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 selepas bersalinkan anak bongsu mereka, Ayash Affan.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata yang lain iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, dan Ariq Matiin, 9.

Penyampai radio itu kemudian berkahwin usahawan, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, pada 23 Jun 2023.

Baca juga: ‘Sarah dalam keadaan kritikal...’ – Shuib mohon semua terus doakan isteri

Baca juga: [VIDEO] Majlis bacaan Yasin untuk Siti Sarah, ditidurkan atas nasihat doktor, jalani pembedahan keluarkan bayi

Baca juga: Rindu & sayang, foto Shuib, Watie & Adik Miza undang sebak, warganet terbayang Siti Sarah masih ada