PERKAHWINAN bekas suami Irma Hasmie, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan baru-baru ini merungkai spekulasi rumah tangga pelakon dan pengacara itu sudah berakhir enam bulan lalu.
Dalam perkembangan terbaru, Redza dan isteri, Nur Hafiza Mohd Salim dilihat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya.
"Alhamdulillahirabbilalamin. Had a good time with family, structuring, catching up, bonding, quality time and friendship.
"Semoga kita bersyukur sentiasa, insya-ALLAH," katanya.
Dalam pada itu, Redza turut memuat naik beberapa keping foto memaparkan mereka sekeluarga bercuti dan berkelah.
Pada ruangan balas, warganet menitipkan doa kebahagiaan buat Redza dan keluarganya.
Redza dan Nur Hafiza berkahwin pada April lalu. Beliau kemudian mendedahkan sudah bercerai sejak November lalu selepas 12 tahun bergelar suami isteri.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Redza Shah Irfhan dan Irma Nur Naylie.