Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

A
A
A

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini menjadi perhatian warga maya. Pelbagai spekulasi timbul terutama dalam kalangan peminat kerana menyangka beliau dan pelakon Irma Hasmie masih bergelar suami isteri.

Dalam perkembangan terkini, Redza akhirnya tampil memberi penjelasan kepada umum berkaitan perkahwinan baharu dan hubungannya dengan Irma.

Jelasnya, beliau dan bekas isterinya itu sudah berpisah dan perbincangan secara mendalam dilakukan sebelum mengambil keputusan untuk mengakhiri ikatan mereka.

Lebih-lebih lagi, ia berkaitan penjagaan bersama dua permata hati mereka.

Baca juga Harapkan yang baik-baik untuk diri & anak, Irma Hasmie enggan kongsi lanjut perkahwinan Redza Syah Azmeer

"Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

"Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam ‘co-parenting’.

"Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu," katanya.

Baca ni Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baharu telah bermula…’

Memetik Harian Metro, Redza menegaskan bahawa perpisahan pada November tahun lalu bukanlah berpunca daripada orang ketiga.

"Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan semua anak-anak, restu orang tua dan penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian," katanya.

Turut dimaklumkan, pengacara Assalamualaikum dan Roda Impian itu sudah diberitahu tentang perkahwinan antara Redza dan Nur Hafiza.

Baca juga: Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. 'Doakan yang baik-baik buat sahabat saya'

Baca juga ‘Didikan baik seorang ibu.’ Anak Irma Hasmie hadiah kad, ucapan istimewa sempena hari lahir ayahnya raih pujian. Sweet betul!

Justeru, beliau memohon semua pihak menghormati keputusan dan memahami situasi yang sedang dihadapinya.

"Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami.

"Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya. Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara sebenarnya.

"Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga ALLAH SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, insya-ALLAH," ujar Redza.

Penjelasan berkenaan dilakukan Redza berikutan terdapat pelbagai salah faham yang berlaku terutama selepas foto perkahwinan keduanya tular di laman media baru-baru ini.

Terdahulu, beberapa rakan Irma Hasmie memuat naik hantaran di laman sosial memaklumkan perceraian aktres itu bagi meredakan spekulasi ramai yang menyangka ikatan terlerai kerana pihak ketiga.

Irma dan Redza sudah bercerai sejak enam bulan lalu selepas 12 tahun bergelar suami isteri.

Untuk rekod, Irma Hasmie dan Redza diijabkabul pada 29 Jun 2012 berwalikan oleh bapa Irma, Ibrahim Othman di Dewan Sri Melati, Putrajaya.

Perkahwinan mereka diserikan dengan sepasang cahaya mata iaitu Redza Shah Irfhan dan Irma Nur Naylie.

Sumber: OhBulan via Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca