Isu puasa Aidiladha, Ustaz Don mohon maaf. Berikut 3 info hari tasyrik wanita perlu tahu

Iklan

Iklan
Iklan

PENDAKWAH selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid membuat permohonan maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan semasa menjawab pertanyaan pendengar di sebuah stesen radio.

Ustaz Don dalam satu perkongsian di sebuah stesen radio memaklumkan, salah satu waktu yang tidak boleh berpuasa ialah pada hari raya pertama sama ada pada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Iklan

Perkara tersebut menjadi perhatian ramai dan didakwa mengelirukan kerana sebenarnya umat Islam turut tidak boleh berpuasa pada hari Tasyrik yang merujuk kepada hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijah.

Susulan itu, Ustaz Don tampil membuat permohonan maaf di media sosial.

Iklan

Baca juga: Alhamdulillah. Ustaz Don selesai jumpa KDN, Jabatan Mufti Wilayah. 'Pandangan diterima dengan terbuka dalam suasana harmoni'

Ujarnya, penjelasan berkenaan agak mengelirukan kerana soalan yang diajukan adakah tidak boleh berpuasa pada hari raya pertama maka jawapan diberikan berdasarkan hari raya pertama sahaja.

"Soalan itu ditanya, Ustaz boleh puasa tak pada hari raya Aidiladha jadi masa saya rakam kami tanya ini hari raya pertama sahajakah? Jadi dia kata ya, dan jawapan nak bagi ringkas.

"Jawapan yang betul, sepatutnya hari raya Aidiladha dan Aidilfitri raya pertama tidak boleh puasa, berbeza dengan Aidiladha ada hari Tasyrik.

"Jadi, bila jadi begitu panjang huraian dia, saya minta maaf sebab jawab mengelirukan,” jelasnya.

Menerusi hantaran media sosial Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), umat Islam haram berpuasa pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijah.

Berikut info anda perlu tahu:

1-Jakim berkongsi sepotong hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda:"Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.” (HR Muslim (1141)

2-Hari-hari Tasyrik iaitu pada 18, 19 dan 20 Jun 2024 ini.

3-Sementara itu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi beberapa perkara sunat dilakukan pada hari tersebut seperti berikut:

-Berkorban sekiranya mampu

-Bersyukur dan mengingati ALLAH

-Bertakwa kepada ALLAH

-Berdoa dan berzikir

-Menyambung silaturrahim

-Bertakbir (bermula waktu subuh hari Arafah dan berterusan sehingga tamat Asar hari Tasyrik ketiga)