Nora Danish, Nedim sah cerai talak satu, ikatan tujuh tahun terlerai

Iklan

Iklan
Iklan

TEKA-teki berkaitan status rumah tangga pelakon Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri akhirnya terungkai apabila pasangan itu bersetuju untuk berpisah secara sah melalui perceraian.

Memetik laporan Astro Gempak, Nedim melafazkan talak satu di hadapan hakim pada sekitar jam 8.34 malam.

Iklan

Prosiding berkenaan telah dilakukan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Iklan

Portal Berita Harian melaporkan pasangan berusia 41 dan 42 tahun itu bersetuju berpisah secara baik.

"Ia berakhir di sini, malam ini (Rabu). Apa yang paling penting tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif," katanya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif terdahulu rumah tangganya bergolak namun beliau cuba menanganinya sebaik mungkin.

Meskipun tinggal berasingan, mereka masih kerap berjumpa termasuk bercuti bersama-sama pada Aidilfitri.

Untuk rekod, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl, 6.

Nora terdahulu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Toh Muda Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada awal Julai 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15.