'Bunga kesayangan kami.' Alyah dedah wajah anak angkat sempena Hari Bapa, kecomelan Nur Izzara jadi perhatian warganet

Iklan

PENYANYI, Datin Alyah Abu Hasan tidak ketinggalan menitipkan ucapan Hari Bapa buat suami, Datuk Ramli MS. Apatah lagi sejak memiliki anak angkat, Nur Izzara, sambutan hari tersebut baru-baru ini menjadi lebih bermakna lagi.

Iklan
Iklan

Berada di Tanah Suci bagi melengkapkan ibadah haji, penyanyi lagu Thank You ALLAH itu memuat naik foto suami bersama anak angkat dan anak tirinya.

Iklan

Iklan

Tidak pernah berkongsi wajah anak angkatnya, hantaran berkenaan merupakan pendedahan kali pertama Alyah. Si kecil itu dipangku bapa angkatnya dan anak sulung Ramli.

Baca juga: 'Aku tinggalkan suami, anak, ibu dan seluruh keluarga kepada-MU.' Alyah bertolak tunai haji, akui berat hati tinggalkan Nur Izzara

Baca juga: Sazzy Falak luah rasa sempena hari lahir anak lelaki. 'Setelah bertahun-tahun melalui pelbagai prosedur... Awak SonShine saya.'

Baca juga: 'Saya bapa & ibu'. 16 tahun lelaki Tionghua jaga 3 anak yatim Melayu, keikhlasan buat netizen menitiskan air mata



Memuat naik video memaparkan beliau memangku sambil menyusukan si kecil itu, Alyah turut merakamkan kesyukuran dikurniakan kehadiran Nur Izzara.

Warganet menzahirkan rasa teruja dengan perkongsian itu memuji kecomelan Nur Izzara.

Malah ramai yang mengakui si kecil berusia dua bulan itu semakin seiras dengan bonda angkatnya.

Ujar mereka:

"Comelnya Zara."

"Cutenya Zara. Happy Father's Day Tok Ram."

"Seronoknyaa tengok Tok Ram with baby, semoga kehadiran si kecil ini terus menyinari kehidupan Datuk Ramli dan Datin Alyah."

"Selamat Hari Ibu dan Bapa. Dengan adanya si kecil ini bertambah-tambah ceria lagi, semoga bahagia selalu."

Baru-baru ini pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan itu berkongsi foto majlis akikah dan cukur jambul Nur Izzara di Instagram.

Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu upama satu rahmat buat rumah tangganya.

"Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta ALLAH SWT, segalanya seperti mimpi yang indah," kongsinya terdahulu.

Ramli terdahulu memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli yang masing-masing berusia 36 tahun dan 25 tahun.