PERCERAIAN pelakon Nora Danish dan mengejutkan ramai. Pun begitu, bekas suaminya, Nedim Nazri mengakui perpisahan yang berlaku tidak menjadi penghalang untuk mereka mengekalkan hubungan baik.
Nedim atau nama penuhnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri berharap hubungan utuh dengan bekas isteri berkekalan biarpun bukan lagi bergelar suami isteri.
"Tiada yang berubah cuma dia bukan milik ku di dalam Islam.
Pasangan serasi itu mengakui masing-masing bersetuju berpisah secara baik.
Terdahulu, pasangan itu bercerai talak satu dalam prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 8.34 malam, Rabu.
Nora terdahulu berkata, tujuan mereka untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif selain berharap agar masyarakat sentiasa mendoakan yang terbaik.
Baca juga: Nora Danish, Nedim sah cerai talak satu, ikatan tujuh tahun terlerai
Pelakon drama bersiri Puteri itu terdahulu mengesahkan rumah tangganya bergolak namun beliau cuba menanganinya sebaik mungkin.
Untuk rekod, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl, 6.
Nora terdahulu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada awal Julai 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15.