Ajak dan Shahrol Shiro berdamai dalam satu malam, imbau kenangan berlawak di satu pentas

Iklan

Kehadiran Hari Raya AidilAdha membuka ruang kepada dua anggota kumpulan Shiro, Ajak dan Shahrol berdamai dan menamatkan sengketa yang difahamkan tercetus beberapa tahun lalu.

Perkongsian dialog sketsa di pentas program Maharaja Lawak Mega (MLM) menerusi Instagram Shahrol mengesahkan, setiap pemasalahan dapat diselesaikan tanpa perlu memutuskan silaturahim sedia ada.

Iklan
Iklan

"Jika kuku panjang, buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya.

"Dialog tersebut bukan sekadar lafaz didalam sketsa MLM tetapi dieksekusi secara realiti,"tambahnya.

Iklan

Shahrol turut berkongsikan foto mesra bersama rakan perjuangannya itu dan telah menarik perhatian peminat bagi kumpulan duo itu di media sosial.

"Satu malam yang panjang mengimbau begitu banyak kenangan bersama yang tidak mungkin dilupakan selamanya.

Iklan

Di ruangan komen, netizen juga berharap untuk menyaksikan pelawak itu beraksi di satu pentas yang sama dan terus menghiburkan peminat industri hiburan tanah air.

Terdahulu, sekitar Ogos 2022, konflik dalam persahabatan Shahrol dan Ajak bermula apabila mereka saling berbalas kenyataan di media sosial mengenai isu membabitkan sebuah stesen radio.

Bagaimanapun, hubungan antara dua anggota kumpulan Shiro ini kembali jernih pada Syawal tahun lalu sekali gus menamatkan persengketaan mereka sebelum ini.

Ajak dan Shahrol adalah saudara sepupu yang bergabung membentuk kumpulan Shiro untuk menyertai pertandingan realiti Raja Lawak.

Tuah berpihak kepada mereka apabila meraih juara Raja Lawak musim keenam seterusnya mengungguli gelaran Maharaja Lawak Mega 2018.