Redza Rosli bergelar suami, milik Bella Hanna dengan sekali lafaz

Iklan

AKTOR Redza Rosli selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Bella Hanna.

Iklan
Iklan

Siapa sangka drama Luruhnya Bunga Cinta yang sama-sama dibintangi Redza dan Bella telah menyatukan pasangan ini.

Pasangan berkenaan yang diijabkabulkan di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur berwalikan bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.

Iklan

Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Iklan

Pada majlis sama, pelakon drama Rindu Yang Terindah turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella.

Majlis bertemakan warna putih itu diadakan secara sederhana dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan selebrit termasuk Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar, Datin Elvina.

Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila, 28, juga merupakan hos program Hlive.