BARU-baru ini pelakon dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mendedahkan kediaman mereka Bangi, Selangor menerima hantaran berupa 'barang' sihir.
Perkara itu dipercayai dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) selepas seorang lelaki didakwa mempunyai niat tidak baik memanjat pagar kediaman selebriti berkenaan selain disyaki menghantar 'barang' sihir di rumah pasangan itu.
Namun dalam perkembangan terkini, pemilik nama Suhairil Sunari itu mendedahkan, suspek tersebut adalah tidak normal. Pun begitu, dia tidak bertanggungjawab meletakkan objek-objek berkenaan.
"Semalam saya ada post berkenaan budak lelaki panjat rumah saya dan letak barang sihir.
"Petang itu juga, mak dia bawak anak istimewa itu datang berjumpa saya untuk meminta maaf. Berkenaan barang sihir budak ni cakap dia tidak letak.
Dalam pada itu, Aeril berharap perkara berkenaan menjadi pengajaran kepada semua pihak.
"Apa pun semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk saya, ibu bapa remaja ini dan semua. Katanya, budak ini peminat saya, itu yang sanggup panjat pagar sebab suka," titip Aeril
Beberapa hari lalu, Wawa telah membuat laporan polis selepas mereka menjumpai batang pinang dan kulit limau yang dibakar pada dua minggu lalu.
Kata Wawa, awalnya beliau menyangka lelaki berkenaan mahu merompak. Bagaimanapun, dua hari selepas kejadian itu beberapa objek ditemukan di dalam kawasan kediamannya.
""Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah saya juga tidak dapat mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan individu itu.
"Malah, jiran saya yang sempat merakam kehadiran lelaki itu pun tak dapat mengesannya. Mereka sangat cuak dan berada dalam ketakutan apabila individu tidak dikenali memecah masuk rumah saya," katanya.
Wawa yang kini sibuk mempromosikan filem Abnormal Buas tidak menyangka, masih wujud individu yang bertindak di luar batasan sehingga tergamak melakukan hal sedemikian.
"Ini bukan kali pertama saya menemui barang pelik di rumah dan pejabat, tapi tak sangka kejadian ini berlaku lagi.
"Saya ingatkan filem Buas sudah cukup menyeramkan, tapi tindakan individu ini yang berani memanjat rumah saya lebih menakutkan kami sekeluarga.
"Harapnya tiada apa-apa yang berlaku kepada keluarga saya. Moga kita semua dijauhi sihir dan perkara yang boleh memporak-perandakan rumah tangga," katanya.
Menerusi video yang dikongsikan, Aeril menerima permohonan maaf daripada remaja berkenaan dan sempat bersalaman sambil menitipkan nasihat.
Aeril sebelum itu berkongsi wajah individu tidak dikenali memasuki rumahnya dan berada dalam keadaan yang mencurigakan.
Pada hantaran sama, Aeril turut berkongsi foto barang yang dipercayai sihir diletakkan di rumahnya.
Warganet mendoakan agar pasangan itu dan keluarga selamat daripada niat tidak baik. Malah tidak kurang juga yang berkongsi pelbagai tip mengelakkan menjadi mangsa sihir. Ujar mereka:
"Asbab budak istimewa ni. Terlalu istimewa. Mereka dikirim untuk tunjuk sesuatu yang kita tak nampak. Alhamdulillah."
"Ada hikmah budak istimewa ni panjat rumah. Sedih pada zaman moden pun wujud lagi manusia jenis dengki tidak senang tengok orang lebih maju."
"Boleh tanam pokok berduri dalam kawasan rumah. Contohnya pokok bidara atau pokok tujuh duri.
"Very humble selesaikan masalah. salute bro!!"
Baca juga: Miliki 23 adik-beradik, hidup susah, Wawa Zainal menitiskan air mata imbas jatuh bangun hidup