Kanak-kanak sanggup dm Instagram bomba, minta jadi ayah ambil kad laporan sekolah

Iklan

SEORANG kanak-kanak di Jakarta, Indonesia membuatkan ramai netizen geli hati dan tepuk dahi gara-gara tindakan yang di luar jangka.

Mana tidaknya, murid sekolah itu meminta pasukan bomba untuk datang ke sekolahnya untuk ‘bantuan’ tak masuk akal.

Iklan
Iklan

Lapor Tribun News, budak lelaki itu memanggil pasukan keselamatan tersebut untuk datang ke sekolah bagi menggantikan bapanya.

Iklan

Ini kerana kanak- kanak tersebut takut dimarahi ayahnya gara-gara keputusan kad laporan prestasi sekolah yang tidak mencapai standard orang tuanya.

Lagi lucu, ‘permohonan’ itu dibuat menerusi mesej ringkas dalam akaun Instagram milik Balai Bomba Daerah Semarang.

Iklan

Tanpa berselindung, si kecil itu memberitahu, dirinya takut dimarahi oleh bapanya.

"Permisi pak/bu damkar (bomba). Selamat pagi, maaf mengganggu waktunya. Maaf bu/pak, apakah saya boleh meminta tolong untuk mengambil report saya di sekolah besok Jumaat?

"Karena saya takut ayah saya ambil nanti dimarahin. Terima kasih.”

Bagi membalas mesej tersebut, seorang pegawai bomba memberitahu permintaan tersebut membuktikan kepercayaan orang ramai terhadap pasukannya.

"Pun begitu, ia di luar tanggungjawab kami. Lebih baik sekiranya ibu bapa atau waris adik tersebut yang datang mengambil kad laporan tersebut.

"Seharusnya bapa kepada pelajar itu yang bertanggungjawab supaya mengetahui perkembangan dan prestasi si anak,” kata wakil bomba tersebut.

Perkongsian lucu berkenaan menerima pelbagai respons netizen dan semua komen yang dikongsikan memang tak mengecewakan.

"Bererti benar yang di kartun upin ipin damkar (bomba) penyelamat.” - Restualamsaban

"Benar itu reportnya kebakaran, isinya merah semua.” - Rezahandin

"Pernah dulu bergurau komen di salah satu IG bomba, aku bertanya kalau mencari jodoh boleh minta bantuan bomba? Ada yang balas komen, cuba dulu bang, soalnya saya dulu pun minta bantuan bomba. Alhamdulillah sekarang sudah bernikah. Memang salute abang bomba yang menyantuni masyarakat.” - Ukar_22

"Tugas bomba lebih daripada itu, bomba ni penyelamat. Kucing atas pokok, kerbau masuk parit, kuda terlepas, ular dalam rumah, anak yang minta diambilkan report, semua kami selamatkan.” - factual.id

"Ini anak cerdas loh, dia dominan otak kanan design thinkingnya mantul sangat meski di luar nalar pada umumnya.” - heigo_pb

Aduhai, tak sangka boleh berfikir macam itu ya? Bagaimanalah perasaan si ayah bila dapat tahu anak yang mengelat ambil report sekolah.

Teringat pula zaman sekolah dulu, ramai juga kecut perut bila tibanya hari report card.

Mana tidaknya, time itulah ibu bapa nak datang ambil result anak-anak tak kiralah cemerlang atau sebaliknya. Tunggulah dekat rumah, mendapatlah habuannya.

Kalian ada pengalaman sama tak? Bolehlah kongsikan di ruang komen kami nanti.