Genap setahun usia perkahwinan pelakon dan usahawan Shuib bersama isterinya Watie Hanifiah.
Akui Watie dalam perkongsiannya di laman Instagram, sepanjang perkenalan dengan Shuib atu nama sebenar Shahmira Muhamad, suaminya banyak mengubah dirinya menjadi wanita yang lebih baik.
"Terima kasih sebab selalu nampak kebaikan dalam diri saya yang serba kekurangan.
"Terima kasih sudi jadi suami saya, bimbing daripada seksi sampai sudah bertudung... Terima kasih selalu puji saya cantik walau kadang-kadang selalu comot.
"Terima kasih selalu puji saya isteri yang baik walaupun daddy tak pernah berpeluang dapat merajuk.
"Terima kasih selalu puji saya masak sedap walau kadang saya suruh daddy makan telur dengan sambal hitam je," tulisnya.
Watie juga mengucapkan terima kasih buat pelawak itu kerana memberi kebahagian dan membuktikan bahawa alam rumah tangga lebih indah daripada percintaan. Malah, Watie turut mendoakan agar Shuib terus menjadi bapa dan suami yang baik kepada mereka sekeluarga.
"Terima kasih sudah membuktikan pada saya kahwin itu lebih seronok daripada bercinta. Tiada kata yang lebih indah selain kata pujian daripada suami tercinta.
"Saya selalu rasa bersyukur Allah izinkan saya celik mata bangun tidur ada suami disebelah.
"Jika satu hari nanti saya sudah tiada, daddy baca kapsyen IG saya selalu okay? Semoga terus kekal jadi ayah dan suami yang baik macam ini sampai hujung nyawa," tambahnya.
Dalam pada itu, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah hanya Shuib yang dapat menerima kekurangan dan sering mempertahankannya meskipun ketika itu baru empat bulan berkenalan.
"Suatu masa yang lalu, di saat semua mata memandang saya takkan mampu buat sesuatu yang baik, jadi terbaik tetapi daddy selalu yakin dengan saya.
"Daddy selalu pertahankan saya walaupun saat itu baru kenal saya empat bulan," ujarnya.
Terdahulu, Shuib dan Watie mendirikan rumahtangga pada 23 Jun 2023.