MERAIKAN kejayaan cahaya mata bakal bergelar mahasiswa, usahawan terkenal Rozita Ibrahim menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes-Benz.
Terkenal dengan low profile dan sifat penyayang, Rozita yang mesra disapa sebagai Bonda sempat memuat naik hantaran momen istimewa anak tersayang.
Pun demikian, ibu kepada Datuk Aliff Syukri itu tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk.
Perkongsian tersebut menarik perhatian warga maya yang nyata kagum dengan kasih sayang usahawan Rumah Terapi Alam itu terhadap anaknya.
Memaklumkan hampir enam tahun beliau tidak membeli kereta baharu, Rozita memaklumkan ganjaran tersebut hanya diberikan selepas si anak membuktikan kejayaan.
Bertuah sekali Nur Ain Sufiah atau mesra disapa Ain yang kini meniti usia 18 tahun yang bakal melanjutkan pengajian di universiti Ogos ini.
Demi memastikan puterinya mudah berulang-alik ke universiti, Bonda Rozita berkunjung ke bilik pameran kenderaan untuk mencari kenderaan yang sesuai buat Ain.
"Saya bukan suka kereta yang high perfomance. Saya suka pelaburan dan hartanah sahaja.
"Untuk Ain, saya belikan Mercedes-Benz dan suruhnya cuba masuk ke dalam Lamborghini.
"Jika Ain boleh capai, itu sebagai reward diri. Mommy beri target value bisnes. Saya tidak akan beri hadiah mewah selagi tidak membuktikan kepada saya," kongsinya.
Kejayaan membangunkan empayar perniagaan, kebolehan Bonda Rozita tidak perlu diperkenalkan lagi.
Justeru, beliau menitipkan nasihat buat Ain agar tidak terus terleka dan terus memajukan diri.
"Kata Ain kepada saya, dia kena downgrade diri jika ada pilihan teratas. Ain tidak mahu hidup susah dan akan fight untuk stay dalam lingkungan korporat," katanya.
Dalam pada itu, Rozita berkata, beliau bukanlah orang yang suka berbelanja membeli kereta mewah apatah pagi menayangkannya kepada umum.
"Bonda bukan jenis bermewah luxury car kerana bagi bonda tiada keperluan untuk menunjuk-nunjuk kereta mewah bagi membuktikan kaya atau berjaya.
"Bonda hanya suka alam, resort Rumah Terapi Alam itu bukti kerja seni bonda. Ia adalah pelaburan dunia dan akhirat saya, Jamu Ratu Malaya dan Yayasan Bonda Rozita yang membantu dari segi keagamaan dan kemanusiaan.
"Ia bakal saya tinggalkan, namun akan terus berjalan untuk sedekah kepada binatang dan manusia
"Boleh sahaja membeli kereta mewah kalau setakat mahu merasa satu atau tiga buah. Tidak salah sekiranya sudah banyak buat kerja amal.
"Saya teruja untuk merias kereta ranggi begini, mungkin Kri (Aliff Syukri) yang akan belikan belanja bonda beli kereta ni," katanya.
Warga maya mengucapkan tahniah kepada dua beranak itu dan menjadikan perkongsian tersbeut sebagai inspirasi. Ujar mereka:
"Tabik buat bonda. Sentiasa merendah diri, semoga terus sukses."
"Alhamdulillah. Bersyukur dengan apa yang ada. Bahagia cara kita. Tidak perlu dengki dengan orang lain. Mereka mampu silakan."
"Ain sangat low profile, cantik dan humble. Tidak menunjuk berlebihan."
"Seseorang yang bekerja keras faham apa maksud bonda. Inspirasi kejayaan wanita Melayu."
"Salute bonda kerana mempunyai pemikiran terbaik. Perjuangan untuk brbakti kepada masyarakat selalu didahulukan dan sedekah berpanjangan. Selamat memulakan pengajian buat AIn."
Sekadar info, Bonda Rozita ialah ibu kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan Noor Hayati Kamarzaman.
Beliau juga pengasas jenama kosmetik dan penjagaan diri Sendayu Tinggi iaitu jenama tempatan yang kekal bertahan sejak tahun 1998.
Baca juga: Gajet buat anak lemah, pesanan Bonda Rozita tarik perhatian