Nedim dirawat di ICU, Nora Danish beri kata semangat terus kuat. 'Stay strong daddy'

Iklan

PELAKON Nora Danish berkongsi kata-kata semangat buat bekas suami, Nedim Nazri yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Iklan
Iklan

Biarpun sudah bercerai, aktres itu terus menitipkan doa buat bekas suaminya agar terus kuat menghadapi ujian kesihatan.

Iklan

Terdahulu, Nedim atau nama penuhnya Mohamed Nedim Mohamed Nazri menerusi laman sosialnya memuat naik foto memaklumkan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Bagaimanapun, beliau tidak berkongsi lanjut masalah kesihatan yang dihadapi.

Iklan

Rabu lalu, Nedim dan Nora sah bercerai talak satu di melafazkan talak satu dalam prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 8.34 malam.

Untuk rekod, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum itu, lelaki berkenaan berkahwin kali pertama dengan Nabilah Khan berkahwin pada 2011 dan bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Baca juga: Kekal baik selepas bercerai dengan Nora Danish, Nedim akui tiada apa yang berubah. 'Percayalah jika milikku, dia akan kembali'

Baca juga: Nora Danish, Nedim sah cerai talak satu, ikatan tujuh tahun terlerai