PENYANYI Shila Amzah berkongsi perkembangan anak sulungnya, Seth Uwais, 5, disahkan mengalami autisme tahap satu.
Menerusi laman sosial Instagram, penyanyi lagu Patah Seribu itu sempat memuat naik video memaklumkan perkembangan puteranya itu. Ujar Shila, beliau sudah menjangkakan masalah dihadapi Seth.
"Doktor menyarankan untuk meneruskan terapi yang sedang diikuti sebelum ini. Seth juga disarankan untuk dihantar ke sekolah yang boleh menerima kanak-kanak autisme," katanya.
Tenang menerima keputusan itu, isteri kesayangan pempengaruh Ubaidillah Zulkefli itu opitimis tentang rawatan anaknya.
"Apabila sudah tahu (diagnosis) senanglah untuk kita rancang usaha yang boleh dilakukan. Sebagai ibu bapa pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendidik.
"Semoga kami boleh menjaganya dan mendidiknya dengan baik. Itu yang Sha dan Ubai harapkan," kongsinya.
Terdahulu, si kecil itu mengalami masalah lambat bertutur atau speech delay pada usia tiga tahun. Sejak itu, Seth dipantau pakar yang mengesyaki si kecil itu mengalam autisme.
Untuk rekod, Seth adalah anak daripada perkahwinan pertama Shila bersama Haris Idraki Elias.
Baca juga: Bawa anak kecil, anak saudara autisme naik flight, Fazura luah kecewa diherdik penumpang wanita
Baca juga: Anak hilang rupanya berada dalam pesawat, ibu kongsi pengalaman jadi pengajaran