Childfree kufur nikmat, tak yakin dengan rezeki ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Iklan

TREND berkahwin namun tidak mahu anak atau childfree menjadi topik hangat. Perkara itu menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Menjawab pertanyaan tentang isu terkini pasangan bernikah yang menganggap kelahiran anak menyusahkan dan menimbulkan masalah, Ustaz Azhar berkata, trend tersebut adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Ia malah merupakan amalan pasangan bukan beragama Islam. Ujarnya, Rasulullah SAW juga menuntut untuk memiliki ramai anak agar umatnya paling ramai pada hari kiamat.

Iklan
Iklan

"Nabi juga bersabda bahawa ‘kahwinlah kamu dengan wanita supaya ramai anak kerana aku bangga menjadi Nabi yang ramai umat pada hari Kiamat,”jelasnya.

Iklan

Ustaz Azhar juga menyentuh tentang kehadiran cahaya mata yang akan menjadi penyambung nasab keturunan pasangan tersebut. Bahkan anak-anak juga akan mendoakan untuk ibu bapa apabila meninggal dunia kelak.

"Jadi seruan Nabi ini adalah melahirkan anak kerana Nabi nak jadi Nabi yang memiliki paling ramai umat berbanding Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

Iklan

Dalam pada itu, beliau menyeru umat Islam agar mengamalkan gaya hidup orang yang diredai.

"Jadi kita orang yang beriman ini pilihlah jalan orang yang beriman, orang kafir pilih jalan orang kafir.

"Kita kena tegas hal ini kerana Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa semua umatnya akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu mendengar ajarannya,”katanya.

Beberapa minggu lalu, isu berkenaan tular susulan kenyataan yang dikongsikan individu yang mencemburui ahli keluarganya yang mempraktikkan childfree. Malah, pempengaruh itu juga menganggap memiliki anak ini melibatkan kos perbelanjaan yang tinggi.