20 hari hilang tanpa dapat dikesan dari sekolah berasrama, ia bukan tempoh yang pendek. Hati ibu bapa mana yang tidak bimbang sementelah usianya baharu mencecah 13 tahun.
Berita kehilangan remaja, Muhammad Danish Darwish Dasuki Muhammad Addam pada pada 9 Jun lalu menggemparkan negara.
Keluarga melakukan pelbagai usaha bagi mengesan anak sulung daripada empat beradik itu namun gagal ditemui. Berikut kronologi kes Muhammad Danish :
1-Remaja itu yang bersekolah di sebuah sekolah asrama di Rembau, Negeri Sembilan.
2-Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, warden menyedari kejadian itu kira-kira jam 11 malam, 9 Jun 2024 apabila pelajar itu tiada semasa sesi panggil nama pelajar asrama.
3-Bagaimanapun, rakannya memaklumkan pelajar Tingkatan Satu itu masih ada semasa waktu pembelajaran malam di bilik belajar pada jam 10 malam.
4-Usaha mencarinya telah dilakukan di sekitar kawasan sekolah tetapi tidak ditemui dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada bapanya.
5-Susulan kehilangan tersebut, bapa pelajar telah membuat laporan polis pada Isnin kerana bimbang akan keselamatan anaknya selepas usaha mencarinya di sekitar Rembau tidak membuahkan hasil.
6-Kali terakhir dia dilihat memakai baju Melayu berwarna hijau tua dan berseluar hitam.
8-Shaik Abd Kadar berkata, siasatan awal menyatakan sepanjang Mhammad Danish berada di asrama dan belajar di sekolah tersebut, remaja itu tidak mengadu apa-apa masalah kepada keluarganya.
9-Memasuki hari ke-12, keluarga yang ditemui media meyatakan Muhammad Danish tidak pernah mengadu sebarang masalah berkaitan aktivitinya sejak tinggal di sekolah berasrama itu pada Mac.
10-Ibunya, Nik Nurhayati Nik Mohd Marzuki, 33, memberitahu, kali terakhir beliau bertemu anak sulungnya itu pada petang kejadian iaitu 9 Jun 2024.
11-Muhammad Danish ini seorang yang ceria, peramah dan mesra berbual. Cuma pada ketika it beliau bercerita tentang aktivitinya tetapi memandang ke arah padang sekolah. Fikirannya macam melayang dan merenung jauh.
12-Apabila ditanya, dia kata tiada apa-apa sehinggalah kami dimaklumkan dia hilang dari asrama.
Baca juga: Pulanglah Cikgu Istiqomah... 6 bulan hilang, suami setia tunggu kepulangan, berikut kronologinya
13-Ujarnya, usaha mengesan anaknya itu tidak pernah berhenti bermula di Rembau, Tampin dan Seremban termasuklah Kuala Lumpur.
14-Keluarga menerima maklumat ada yang dakwa ternampak Muhammad Danish dekat hentian bas Rembau memakai Tshirt biru hitam bertulis AT (Akademi Tunas) Jempol, ada juga dakwa nampak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
15-Keluarga telah ke lokasi berkenaan termasuk berjalan selama di sekitar Kuala Lumpur untuk mengesan remaja itu.
16-Keluarga memaklumkan polis telah membuat carian di sekitar sekolah termasuklah dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat dan Unit Anjing Pengesan (K9).
17-Bagaimanapun, selepas 20 hari hilang, Muhammad Danish ditemukan dalam keadaan baik pada 29 Jun 2024.
18-Bapanya berkata beliau mendapat maklumat daripada kenalan berhubung penemuan Muhammad Danish itu menerusi perkongsian laman sosial pemain bola sepak Kuching City, Joseph Kalang Tie.
19-Bapanya dari Kuala Terengganu terus ke Kuala Lumpur pada 27 Jun dan mencari anaknya itu di sekitar, Pudu, Chow Kit dan Sogo tidak berjaya menemuinya sehingga 1 pagi, 28 Jun 2024, Muhammad Danish ditemukan di Dataran Merdeka. 20-Remaja itu ditemukan dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan dan terurus. Deputi Superintendan, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed mengesahkan sepanjang remaja berkenaan melarikan diri, dia dalam keadaan baik dan tidak dikurung atau dicederakan.
Baca juga: Remaja huffaz al-Quran hilang 96 jam minum air parit, ditemui selepas azan, ini kronologinya
'TERIMA KASIH ORANG BAIK'
Sementara itu, Joseph Kalang Tie yang membantu mempertemukan Muhammad Danish dan keluarganya menitipkan kesyukuran. Beliau mahu pengalaman itu dijadikan pengajaran.
"Syukur. Setiap perjalanan hidup kita sudah ada rencana-NYA. Dengan apa yang berlaku mungkin ada hikmah. Apapun syukur dengan pertemuan yang telah berlaku.
"Kepada anak muda di luar sana, ambil semua ini sebagai pengajaran. Kita tidak tahu apa berlaku dan kisah kehidupan mereka, tetapi ingat setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Terima kasih kepada orang-orang baik. Anda semua banyak membantu dalam pertemuan ini.
"Moga kita semua diberi kesihatan yang baik dan diberkati selalu," kongsi Joseph.
20 hari bukan tempoh singkat. Apa pun, Alhamdulillah syukur adik Muhammad Danish ditemui dalam keadaan baik. Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua...
Sumber: Sinar Harian (Norafidah Assan), Bernama, Harian Metro, Buletin TV3, Facebook Joseph Kalang