Pulanglah Cikgu Istiqomah... 6 bulan hilang, suami setia tunggu kepulangan, berikut kronologinya

No Image Caption
A
A
A

KEHILANGAN seorang guru dikenali sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, di Pasir Gudang, Johor menggemparkan negara. Masakan tidak, hampir enam bulan tidak pulang, guru Sekolah Kota Masai 3 itu menimbulkan tanda tanya.

Hebahan tentang kehilangan Cikgu Istiqomah dikongsikan birasnya, Yusni Ismail di Facebook.

"Assalamualaikum, mohon jasa baik semua. Sesiapa ada ternampak atau terjumpa biras saya boleh maklumkan kepada kami, " kongsinya.

Berikut kronologi dikongsikan ahli keluarga di laman sosial dan portal berita tempatan:

1-Cikgu Istiqomah yang mempunyai ketinggian 164 sentimeter dan berat 57 kilogram hilang sejak 26 Disember, kira-kira jam 8 pagi.

2-Namun, kereta ibu kepada tiga cahaya mata itu telah dijumpai sekitar area Lotus Kota Masai pada 27 Disember sekitar jam 2 petang bersama kunci. Bagaimanapun Cikgu Istiqomah sendiri tidak kelihatan.

3-Yusni memaklumkan pihak keluarga membuat laporan polis.

4-Beliau juga memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi pasaraya itu atau Eco Tropics pada 26 Disember sekitar 10.30 pagi hingga 11 pagi menghubunginya mendapatkan rakaman video dashcam.

"Minta jasa baik semua, viralkan kes ini sehingga dijumpai atau dipulangkan ke pangkuan keluarga. Semoga usaha dan doa kalian dapat membantu keluarga kami, aamiin." - Yusni.

5-Sementara itu, portal berita tempatan melaporkan suami Cikgu Istiqomah, Mohd Yusof Mokhtar, 35, setia menunggu kepulangan isterinya yang tercinta.

6-Mohd Yusof yang bertugas sebagai juruteknik berikhtiar pelbagai cara dalam pencarian isterinya termasuk mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam.

No Image Caption

7-Melalui seorang ustaz yang ditemui, beliau dimaklumkan isterinya memang mahu pulang, tetapi mempunyai halangan iaitu seperti ada 'seseorang' yang memegangnya.

8-Mengetahui isterinya masih di dalam negara, Mohd Yusof berharap individu berkenaan lembut hati melepaskan dan memulangkan wanita itu kembali kepada keluarga.

9-Mohd Yusof berkata, anak sulung mereka berusia sembilan tahun sudah memahami kehilangan ibu mereka dan kerap termenung memberitahu rindu akan wanita itu.

10-Difahamkan dua lagi anaknya yang berusia empat dan enam tahun masih belum mengerti dan menganggap ibu mereka yang bekerja sebagai seorang guru, keluar ke sekolah.

11-Kata Mohd Yusof, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya yang menjadi lokasi kereta Cikgu Istiqomah ditemui, kelihatan seorang lelaki keluar daripada kenderaan itu namun kelibat isterinya tidak kelihatan.

12-Mohd Yusof mengakui tidak mengenali lelaki itu yang seolah menutup wajahnya sehingga sukar dilihat.

13-Katanya lagi, pada hari kejadian, beliau keluar bekerja pada jam 6.30 pagi dan keadaan di rumah ketika itu seperti biasa.

14-Difahamkan ketika itu cuti sekolah dan Cikgu Istiqomah tidak bekerja.

"Pagi itu, saya keluar kerja macam biasa, saya dan isteri juga tiada masalah. Kami bersalaman seperti biasa." - Suami

15-Bagaimanapun, ketika pulang ke rumah pada pukul 6 petang, Cikgu Istiqomah didapati tiada di rumah sedangkan isterinya itu tidak ada memberitahu akan ke mana-mana. Apabila bertanya kepada anak saya, mereka berkata guru wanita itu ke sekolah.

16-Mohd Yusof segera mencari Cikgu Istiqomah di sekolah namun pengawal keselamatan sekolah maklumkan isterinya tidak ada ke sana.

No Image Caption

17-Beliau juga menghantar mesej kepada Cikgu Istiqomah menerusi aplikasi WhatsApp namun mesej tersebut itu tidak sampai.

18-Mohd Yusof berkata tiga hari pertama selepas hilang, 'Cikgu Istiqomah' ada menghantar mesej tetapi ayat-ayatnya tidak seperti ditulis beliau. Malah lelaki itu juga memaklumkan selepas mesej dihantar telefon bimbit milik isteirnya seperti ditutup.

19-Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan tentang laporan kehilangan wanita itu yang diterima pada 27 Disember 2023 pada jam 12.36 tengah malam.

20-Kehilangan Cikgu Istiqomah cuba dikesan dan penyiasatannya masih dijalankan.

21-Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi Mohd Yusof di talian 019-6919062 atau ibu wanita berkenaan, Saliha Ya di talian 017-9052746.

Sama-sama kita doakan Cikgu Istiqomah segera kembali ke pangkuan keluarganya.

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

Baca juga: Rasa seperti tertidur satu jam, berikut kronologi kejadian remaja hilang 30 jam di Gua Musang

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang