Video kisah si bapa pembawa teksi meruntun jiwa, muncul juara peraduan Surat Cinta Ibu dan Ayah oleh SinarPlus

Iklan

Peraduan yang dianjurkan oleh SinarPlus itu berlangsung hampir sebulan bermula 21 Mei hingga 15 Jun lalu berempena hari ibu dan hari bapa.

KISAH pengorbanan seorang ayah yang membela keluarga dengan hasil membawa teksi dikongsikan anak perempuannya begitu meruntun jiwa.

Iklan
Iklan

Luahan rasa si anak bernama Nurul Farahida Ishak yang diterjemahkan dalam sepotong video menerusi peraduan Surat Cinta Ibu dan Ayah cukup menyentuh hati.

Kisah itu membolehkan wanita berkenaan muncul juara dalam pertandingan tersebut, sekali gus membawa pulang hadiah berupa penginapan dua hari satu malam tajaan Sunway Resort & Hotel, hamper Nu-Prep, busana Gulatis dan kasut Larrie.

Iklan

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Alif Aswad yang membawa pulang pakej hi-tea untuk dua orang tajaan Mardhiyyah Hotel & Suite, hamper Nu-Prep, busana Gulatis dan kasut Larrie.

Seterusnya, tempat ketiga pula jatuh kepada Irdina Umairah Razali yang merangkul hadiah hi-tea tajaan Restoran Menara KL untuk dua orang, hamper Nu-Prep, busana Gulatis dan kasut Larrie.

Iklan

Juara Peraduan Surat Cinta Ibu dan Ayah.

Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj bersama peserta tempat ketiga.

Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj bersama peserta tempat kedua.

Tujuh pemenang sagu hati juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih hadiah iringan, hamper Nu-Prep, busana Gulatis dan kasut Larrie.

Peraduan yang dianjurkan oleh SinarPlus itu berlangsung hampir sebulan bermula 21 Mei hingga 15 Jun lalu berempena hari ibu dan hari bapa.

Sekadar makluman, SinarPlus merupakan sisipan segmen gaya hidup dalam akhbar Sinar Ahad. Selain dalam bentuk akhbar, ia turut didapati dalam versi online iaitu di laman Facebook, TikTok, Twitter, Instagram, YouTube dan Telegram.

Segala informasi yang disalurkan portal tersebut memberi fokus kepada hal ehwal wanita daripada pelbagai sudut.

Sekitar majlis Hi Tea Surat Cinta Ibu dan Ayah.

Berbalik semula kepada peraduan berkenaan, medium TikTok dan Instagram menjadi platform dalam mencari surat cinta terbaik hasil garapan anak-anak.

Peraduan tersebut diadakan sebagai salah satu cara kreatif dalam mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang seorang anak kepada orang tuanya.

Maka, majlis yang diadakan petang itu kesinambungan dalam meraikan pemenang sekali gus menzahirkan penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Deko yang cantik dan ruang tempat yang selesa di Bizmilla Wedding Centre

Seramai 10 pemenang telah dipilih dan diraikan dalam satu Majlis Hi Tea Surat Cinta Ibu dan Ayah pada 29 Jun lalu yang bertempat di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang.

Majlis yang dihadiri oleh 100 orang tetamu itu diserikan lagi dengan kehadiran Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dan, Yg.Bhg. Datin Hezeita binti Mohafidz, Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, YBrs. Puan Farah Hussamuddin dan Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Mr.Airol Fadley.

Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dan Yg.Bhg. Datin Hezeita binti Mohafidz bersama barisan selebriti yang hadir Sabtu lalu.

Sesi memotong kek sempena hari kelahiran Yg.Bhg. Datin Hezeita binti Mohafidz.Terima kasih Secret Recipe atas tajaan kek

Gimik pembukaan acara dimulakan dengan perkongsian video luahan kerinduan seorang anak, Farid Mohamed Saiful terhadap ibu bapanya yang sudah lebih 10 tahun meninggal dunia.

Majlis yang dihoskan oleh pengacara, Anim Ezati kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa dalam memberkati program pada petang itu.

Seterusnya, slot rakaman program temu bual Doktor Dan Anda (DNA) bersama Nu Prep mengambil tempat dengan tajuk Urus Diri Masa Muda, Sihat Sampai Tua yang dikendalikan oleh moderator, Juliana dengan kehadiran dua panel jemputan, Dr Annie George dan Dr.Aishah Tul Radziah.

Slot DNA bersama Juliana sebagai moderator dan panel jemputan, Dr Annie George dan Dr.Aishah Tul Radziah.

Seterusnya, majlis diceriakan lagi dengan slot fashion walk oleh 9 pemenang yang hadir dengan memperagakan busana yang ditaja oleh Gulatis-Keunggulan dunia fabrik dan kasut oleh Larrie.

Barisan pemenang Peraduan Surat Cinta Ibu dan Ayah.

Ibu pemenang memperagakan baju yang indah tajaan dari Gulatis.

Kasut yang cantik sesuai buat ibu tajaan dari Larrie

Sedondon ayah dan anak memakai pakaian serba putih.

Setiap peserta dinilai oleh selebriti yang turut hadir iaitu Ekin, isteri kepada penyampai radio, Mawi dan kembarnya Aenn serta pengacara terkenal, Farah Adeeba.

Tidak lupa juga slot cabutan bertuah berbentuk roda panas turut meriah dengan penglibatan para tetamu.

Terima kasih rakan kerjasama yang menjayakan Peraduan Surat Cinta Ibu dan Ayah, iaitu hadiah telekung tajaan siti Murni, Gulatis, Larrie dan Nu-Prep serta Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang yang bertindak sebagai penaja lokasi dan hidangan pada hari tersebut.