Tinggal kenangan! Banglo biduanita negara diroboh selepas bertukar pemilik. 'Dilengkapi 9 bilik tidur, 5 ruang tamu & perpustakaan'

Iklan

Iklan
Iklan

KEDIAMAN mewah milik Biduanita Negara, Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar yang terletak di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya kini tinggal kenangan apabila difahamkan sudah pun dirobohkan.

Rumah mewah dua tingkat yang dilengkapi kemudahan seperti perpustakaan dan dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan dan sebuah bilik pembantu rumah itu dilihat hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu.

Iklan

Menerusi video yang dimuat naik HibGlam di TikTok, kawasan rumah yang bernombor 42 sudah dipagari zink hijau sebagai pagar keselamatan sekali gus menandakan kerja-kerja melibatkan kontraktor sedang dijalankan.

Memetik portal berkenaan, pengawal yang diupah syarikat pembinaan memaklumkan bahawa pihak mereka telah pun menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah tersebut bertukar tuan sekitar awal 2023.

Iklan

Baca juga: 'Selamat tinggal...' Rumah Biru berlatarkan KLCC bakal jadi memori, pemilik umum berpindah

Baca juga: Dulu kereta mewah, kini pelakon Saharul Ridzwan jual rumah pula. 'Dengan pengorbanan akan datang kemanisan'

Baca juga: Syahdunya! Rumah 40 tahun akan diroboh untuk projek ECRL, wanita sayu kongsi kenangan Aidilfitri terakhir

Katanya, pemilik baharu tidak memerlukan banglo berkenaan sebaliknya hanya inginkan tanah serta turut membeli lot bersebelahan.

"Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli sebuah syarikat.

"Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga," katanya.

Kredit foto: Harian Metro

Difahamkan, tiada maklumat mengenai projek yang sedang dijalankan tidak dipaparkan di bahagian luar premis berkenaan.

Pada 2018, anak tunggal Sharifah Aini iaitu Aliff Omar Ali memaklumkan ingin menjual kediaman milik ibunya yang berkeluasan 20,000 kaki persegi itu.

Alif ketika itu menjelaskan mahu menjualnya kerana binaan kediaman itu terlalu besar untuknya empat beranak berteduh di sampung kos penyelenggaraan terlalu tinggi.

Difahamkan Aliff sempat tinggal beberapa tahun di kediaman berkenaan selepas pemergian ibunya yang meninggal dunia pada tahun 5 Julai 2014.

Pada hayatnya, rumah berkenaan menjadi saksi dan lokasi pertemuannya dengan media, menjamu kenalan dan mengadakan majlis doa selamat dengan anak-anak tahfiz.

Sekadar info, Sharifah Aini meninggal dunia akibat komplikasi fibrosis paru-paru pada usia 61 tahun. Arwah adalah legenda dan satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Cukup popular pada era 70-an, 80-an dan 90-an, Sharifah Aini adalah artis Malaysia pertama yang membawa gelaran superstar.

Gelaran intu diberikan sebagai tanda penghormatan di atas kejayaannya yang mengharumkan nama negara sekali gus mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Selain beliau, artis lain yang juga memegang gelaran yang sama ialah Anita Sarawak.

Sumber: HibGlam, TikTok HibGlam